13 December 2025

KEMENANGAN PERTAMA AMIR MASDI DI ABPBH - 'NURCINTA' RAIH TROFI LAGU PALING BOOM POPULAR : "ALHAMDULILLAH, SYUKUR ATAS KEMENANGAN YANG SANGAT ISTIMEWA INI"



Penyanyi Amir Masdi meluahkan rasa syukur apabila lagu 'Nurcinta' diumum sebagai Lagu Paling Boom Popular di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-37 (ABPBH37), sekaligus mencatat kemenangan pertama buat penyanyi berusia berusia 29 tahun itu.
Karya ciptaan Edry Abdul Halim dan Amir Masdi itu mengetepikan saingan s£ngit iaitu 'Bukan Lagi Kita' dendangan Nadeera, 'Menjaga Jodoh Orang Lain' (Ara Johari), 'Here4U' (Dolla), 'Angkat' (Mimifly) dan 'Sangkar D£rita' (Haqiem Rusli).

Pada edisi lalu, trofi Lagu Paling Boom Popular menjadi milik Ernie Zakri menerusi lagu 'Masing-Masing'.

Berhubung kemenangan itu, Amir berkata, ia tidak dijangka biarpun dia menyimpan sedikit harapan sejak lagu berkenaan diumumkan calon.
"Pertamanya, saya sangat bersyukur dan terk£jut sebab tidak sangka. Mestilah masa tercalon kita ada letak harapan. Tetapi, tidak pernah terjangka akan menang dalam kategori Lagu Paling Boom.

"Terima kasih kepada semua peminat, Amir Masdi United, sebab mereka yang banyak mengundi. Sampai hari ini pun, walaupun saya pegang trofi ini, rasa betulkah ini milik saya. Jadi, sekarang ia memang milik saya secara rasmi.

"Alhamdulillah, syukur atas kemenangan yang sangat istimewa ini. Trofi pertama saya ini bukan sahaja untuk saya, tetapi untuk kawan-kawan dan semua yang mengundi tanpa jemu, iaitu dari hari pertama pengundian hingga ditutup," ujarnya.
Dalam pada itu, Amir menyifatkan kemenangan tersebut bukan sekadar pengiktirafan, sebaliknya menjadi pemangkin semangat untuk terus berkarya.

"Trofi ini bukan tanda kita sudah mencapai kemuncak, sebaliknya mengingatkan saya supaya kekal rendah diri dan terus bekerja keras. Saya harap trofi ini menjadi pemangkin untuk saya dan mereka yang melihat.

"Kepada rakan industri muzik, saya ambil masa bertahun-tahun untuk sampai ke tahap memegang trofi ini. Ini adalah trofi pertama saya. Jadi, jika ada yang rasa mahu berputus asa, tolong jangan, kerana apa sahaja boleh berlaku dan tiada yang mustahil," tuturnya.
Disamping itu, Amir turut menzahirkan penghargaan kepada rakan komposer dan penerbit iaitu Edry, yang meyakinkannya bahawa 'Nurcinta' mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada Cikgu Edry sebab dia yang yakin dan percaya lagu ini akan dekat di hati pendengar. Saya pegang kata-katanya.

"Nurcinta adalah sal@h satu trek dalam album AM:PM dan kemenangan ini adalah kejayaan untuk kami berdua serta peminat.

"Lagu ini membawa tema cinta secara umum, cahaya cinta yang semua orang boleh kaitkan. Kami menulisnya pada akhir 2023 hingga awal tahun lalu. Proses rakaman lagu ini dibuat di Manchester, United Kingdom (UK)," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: