Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi. Pada usia 14 tahun, ini anugerah paling indah pernah saya dapat, memang tak pernah terfikir pun.
"Tanpa sokongan semua, saya takkan berada di sini. Ini impian sejak kecil sebab saya memang minat menyanyi. Anugerah ini juga penghargaan untuk keluarga saya.
"Tengok Mak Iti (panggilan Siti Nurhaliza) menang dulu buatkan saya terinspirasi dan teringin nak menang anugerah sama seperti dia."
Klik untuk gambar besar
Umairah atau nama sebenarnya, Ummi Umairah Saiful Anuar, dinobatkan sebagai pemenang kategori Artis Baharu Wanita Popular pada ABPBH yang ke-37 yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota, pada Jumaat.
Pencapaian Umairah itu sekali gus mengulangi sejarah keluarga apabila ibu saudaranya yang juga Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah mencipta nama sebagai bintang termuda menenangi anugerah di ABP ketika berusia 17 tahun pada tahun 1997.
Ketika itu, Siti berjaya membawa pulang anugerah Artis Remaja Paling Popular, Penghibur TV Paling Popular, Penyanyi Wanita Paling Popular dan Bintang Paling Popular.
Berhubung itu, Umai berkata, dia mengaku menyimpan keinginan untuk menggenggam trofi seperti ibu saudaranya itu.
Dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular, Umai mengetepikan sembilan pencab@r lain iaitu Aqeesh Aleeya, Arabella Ellen, Arena Wan, Auni Yusri, Marygrace, Qila Shahirah, Qistina Rania, Saidah Kamarudin dan Wanie Ooi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment