13 December 2025

MENANG ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR ABPBH-37 DENGAN UNDIAN 124 JUTA - ERNIE ZAKRI SEBAK, TAK SANGKA : "SAYA DAH BALIK DULU TADI SEBAB TAK PERNAH TERDETIK AKAN MENANG"



Air mata penyanyi Ernie Zakri berguguran disaat diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-37 (ABPBH 37) yang berlangsung meriah di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Dalam acara berprestij itu, Ernie meraih kemenangan besar dengan jumlah undian mencecah 124 juta, sekali gus menobatkannya sebagai selebriti paling berp£ngaruh pilihan peminat bagi edisi tahun ini.

Berhubung kemenangan tersebut, Ernie akui dia sebak sebab tidak menyangka akan mencipta sejarah sedemikian dan menyifatkan kejayaan itu sebagai hadiah paling bermakna sepanjang perjalanan karier seninya.

Klik untuk gambar besar

"Saya dah balik dulu tadi sebab tak pernah terdetik akan menang kategori ini. Terima kasih kerana sudi mengundi saya. Jauh sekali saya terfikir untuk memenangi anugerah ini.

"Terima kasih, saya hargai setiap sokongan anda. Doakan saya dapat buat lebih baik pada masa hadapan," katanya ketika menerima trofi berprestij itu.

Bukan hanya anugerah utama dikecapi, malah Ernie turut membawa pulang trofi, jambangan bunga dan wang tunai RM30,000.
Pada malam penuh gemilang yang dihoskan oleh Shiha Zikir dan Raja Azura ini, Ernie turut mengetepikan empat pencab@r lain iaitu Emma Maembong, Sweet Qismina, Tracie Sinidol dan Wani Kayrie bagi merebut gelaran utama tersebut.

Selain itu, isteri kepada penyanyi Syamel ini turut menambah satu lagi kemenangan pada malam tersebut apabila diumumkan sebagai Penyanyi Wanita Popular.

Sementara itu, kumpulan legenda Alleycats diberi penghormatan menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat atas sumbangan besar mereka dalam pembangunan industri hiburan tanah air.


SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH 37

Kategori Utama

• Artis Baharu Lelaki Popular – Jazmy Juma

• Artis Baharu Wanita Popular – Umairah

• Penyanyi Lelaki Popular – Hael Husaini

• Penyanyi Wanita Popular – Ernie Zakri


• Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – KRU

• Aktor Filem Popular – Fattah Amin

• Aktres Filem Popular – Sweet Qismina

• Aktor Pembantu Filem Popular – Adam Lee

• Aktres Pembantu Filem Popular – Heliza Helmi

• Aktor TV Popular – Zahiril Adzim


• Aktres TV Popular – Emma Maembong

• Aktor Pembantu TV Popular – Nazim Othman

• Aktres Pembantu TV Popular – Raja Azura

• Penyampai Radio Popular – Haiza

• Pengacara TV Popular – Fiza Sabjahan

• Artis Komedi Popular – Joey Daud


Kategori Ekstra Tonton Paling Popular

• Gandingan Serasi Drama Popular – Shukri Yahaya & Anna Jobling

• Gandingan Serasi Filem Popular – Iedil Putra & Emma Maembong

• Lagu Paling Boom Popular – Amir Masdi (Nurcinta)

• Artis Kontroversi Popular – Fattah Amin

• Seller Terpaling Popular – Datuk Seri Aliff Syukri & Ammar Ahyan


Kategori Utama Malam

• Bintang Paling Popular ABPBH 37 – Ernie Zakri

• Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Alleycats


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: