13 December 2025

HUBUNGAN DENGAN IBU KEMBALI JERNIH - ANNA JOBLING LUAH RASA SYUKUR : "APA-APA PUN DIA TETAP IBU SAYA, SYURGA SAYA TETAP DI BAWAH TAPAK KAKI IBU SAYA"



"Terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk saya dan keluarga saya. Apa-apa pun dia tetap ibu saya. Syurga saya tetap di bawah tapak kaki ibu saya. Walaupun apa pun terjadi sebelum ini, doa ibu sangat penting buat hidup saya."

Itulah jelas pelakon Anna Jobling, 25, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila hubungan dengan ibunya, Ariz Arop kembali jernih selepas tiga bulan k£ruh.

Anna dalam masa turut bersyukur apabila ibunya itu hadir untuk menyokongnya dan menyifatkan sal@h faham yang berlaku adalah asam garam dalam hubungan dalam keluarga.

Klik untuk gambar besar

Terlerai sudah hubungan tegang antara Anna dan ibunya apabila mereka berpelukan di karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-37, di sini, malam tadi.

Suasana penuh berem0si itu menjadi perhatian apabila dilihat secara spontan merakam gambar bersama sambil memegang trofi sebelum Anna memohon doa yang baik-baik buat mereka.

"Dia hadir menyokong saya malam ini (tadi). Kalau tiada dia, saya rasa kosong. Doakan yang terbaik buat kami," katanya yang memenangi kategori Gandingan Serasi Drama Popular bersama Shukri Yahaya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: