"Bila badan besar, orang cakap chubby. Bila kurus pula, kata saya s@kit, ambil barang terlar@ng dan macam-macam lagi. Sedangkan mereka tak ikut pun perjalanan hidup saya."
Demikian ujar pelakon Adam Lee, 31, dimana dia meluahkan rasa k£sal apabila perubahan fizikalnya menjadi perbualan dan andaian yang tidak benar sesetengah pihak.
Kata Adam atau nama sebenarnya, Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, mereka yang gemar memberi komen neg@tif tidak mengikuti perjalanan seninya.
Berhubung itu, Adam tampil enjelaskan hal sebenar bahawa dia bakal menyertai kejohanan Muay Thai dan beraksi dalam kategori berat badan 73 kilogram (kg).
Kongsi suami kepada pelakon Sweet Qismina ini lagi, berat badan tersebut adalah sebahagian daripada persediaan pertandingan dan bukan sesuatu yang berlaku tanpa sebab.
Klik untuk gambar besar
"Saya memang fight Fury Muay Thai 28 Disember ini, main kategori 73kg. Lepas fight nanti, saya akan naikkan semula berat badan ke 77kg.
"Apa-apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada yang support saya tak kira saiz badan saya kurus, keding atau chubby. Saya sangat hargai korang," tuturnya.
Sebelum ini, penampilan Adam ketika berada di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37) meraih perhatian, sekali gus mengundang reaksi ramai.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment