Hari ini, pasangan Erra Fazira, 51, dan Ezwan Zain, 44, telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan secara tertutup di Rinjani Majestic.
Majlis yang bertemakan klasik tradisional Melayu itu diserikan dengan beberapa penyanyi iaitu Hafiz Hamidun, Naqiu, Siti Nordiana dan Iskandar Ismail yang muncul membuat persembahan.
Dengan dihadiri 1,000 tetamu yang terdiri daripada keluarga pengantin dan rakan-rakan media, majlis resepsi ini turut menampilkan persembahan cahaya saat pasangan mempelai melangkah masuk ke dalam dewan.
Langkah kedua-dua mempelai juga diiringi nyanyian oleh kumpulan koir yang menyanyikan lagu 'Bagaikan Sakti' dan 'Asmaradana' dimana ia merupakan lagu tema filem 'Puteri Gunung Ledang'.
Klik untuk gambar besar
Kedua-dua mempelai segak bergaya memakai busana tradisional songket berwarna perak rekaan Lumiere Concept.
Sementara itu, Ezwan berkata, selaku perancang majlis, dia mahu isterinya kelihat bak puteri diraja pada hari bahagia mereka.
"Saya mahu mengekalkan unsur klasik kerana mahu mengangkat budaya Melayu klasik kita. Saya nak naikkan aura isteri saya. Saya berterima kasih kepada perancang perkahwinan kami kerana merealisasikan impian ini," katanya.
Ujar Erra pula, dia terharu dengan k£jutan suami tercinta yang mahu meraikannya persis puteri pada hari bersejarah mereka.
"Saya pun tak sangka ada iringan penyanyi koir. Tapi ini merupakan satu k£jutan yang sangat manis daripada suami.
"Saya nampak dan hargai segala usaha dia nak menterjemahkan cintanya kepada saya. Terima Kasih atas usahanya meraikan saya untuk menjadikan hari bahagia kami sebagai hari bersejarah," tuturnya.
Difahamkan, Erra dan Ezwan akan menyantuni rakan-rakan selebriti dalam sebuah majlis resepsi lain yang akan diadakan di lokasi lain pada 27 Disember depan.
Pada Jumaat lalu iaitu 12 Disember, pasangan mempelai itu sah diijabkabulkan dalam majlis akad yang berlangsung di lokasi sama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment