03 December 2025

USAHAKAN 30 EKAR LADANG - JULIA FARHANA KINI TAUKE SAYUR & BUAH-BUAHAN : "DARI REMAJA LAGI SAYA RANCANG BUKA LADANG SEBAB BERMINAT DENGAN DUNIA PERTANIAN"



"Sebenarnya dah lama saya buat ladang, bermula dengan cili kira-kira enam tahun lalu. Selepas itu, tanam timun dan buah-buahan termasuk markisa dan limau sehingga terhasilkan bisnes jus dengan rakan perniagaan saya.
"Dari remaja lagi saya rancang buka ladang sebab berminat dengan dunia pertanian. Saya buat kajian, tiba-tiba sistem fertigasi automatik jadi popular.

"Sebelum ini kira-kira 10 ke 15 tahun saya t@kut nak buat secara manual. Tak cukup pekerja, kos naik jadi saya tangguhkan dahulu hasrat.

"Bila sudah ada sistem fertigasi automatik, boleh kawal air atau jumlah bahan kimia melalui telefon bimbit, saya jadi yakin nak buat."

Itulah jelas Julia Farhana, dimana pelakon itu berkongsikan, dia kini mula menceburi bidang dalam sektor perladangan dan perniagaan agrikultur selepas berjinak-jinak dalam bidang penerbitan.

Kata isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum itu, pada awalnya dia bermula dengan lima ekar (dua hektar) tanah pada 2019, kini mengusahakan kira-kira 30 ekar (12 hektar) ladang di sebuah kawasan di Pahang.

Dalam pada itu, Julia menjelaskan, dia sudah berminat dengan pertanian sejak zaman remaja lagi dan berhubung itu minatnya dalam dunia perladangan bukan sekadar angan-angan.

Kongsinya lagi, dalam dunia perniagaan sudah pasti akan berdepan pelbagai dug@an apabila banyak tanamannya m@ti sehingga mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

"Sekitar lima tahun lalu, 'batch' pertama kira-kira 6,000 pokok m@ti. Rugi sekitar RM50,000 hingga RM60,000. Permulaan pun dah t£ruk, jadi saya n£kad cari guru.

"Saya jumpa rakan perniagaan saya sekarang, dia beri tunjuk ajar. Bila dah ada sifu, berani nak buat lagi. Alhamdulillah, sampai hari ini cili dan timun hidup subur, dah tak muat dalam peti di ladang," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: