"Bila dapat tahu (kans£r saluran vag1na), doktor adalah bagi cara mengubat seperti sunt1kan vaks1n HPV (v1rus papill0ma manusia) yang lazimnya untuk wanita berdepan mas@lah uterus. Doktor suruh cuba dulu enam bulan.
"Tapi kans£r itu datang lagi dan berkembang daripada pra kans£r kepada tahap satu. Proses itu berlaku sehingga saya mengandungkan Isabella (anak keempat). Kalau makin t£ruk, saya takkan mengandung.
"Doktor suruh buat sekali lagi analisis dan memang kans£r. Saya memutuskan untuk membuang (uterus). Alhamdulillah, sekarang sudah tiada apa-apa."
Demikian kata penyanyi Nourul Depp, 48, dimana di sebalik luarannya yang ceria, dia mendedahkan pernah diuji kans£r saluran vag1na pada 2018 sehingga terpaksa membuang uterus dan ovari untuk menyelamatkan nyawa.
Berkongsi perkara itu pada sidang media Konsert For You: Nourul, di sini, semalam, Nourul berkata, ia antara ujian hidup yang tidak dikongsinya kepada umum, namun bersyukur kerana kesihatannya semakin baik selepas membuang uterusnya pada 2020.
Dalam pada itu, Nourul meluahkan rasa syukur disebabkan mempunyai pengetahuan berikutan kakaknya turut diuji dengan kans£r ovari yang lebih s£rius, dia dapat mengesan kans£r saluran vag1na itu pada peringkat awal.
"Sebab lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun, itu yang saya dapat tahu. Alhamdulillah sekarang saya sudah bebas (kans£r) dan tak ada apa-apa. Memang tak ada ambil kem0terapi atau rawatan lain.
"Alhamdulillah juga sampai tahap satu saja kerana tahulah kalau sudah sampai tahap satu pun berbah@ya. Tahun lalu, saya buang ovari pula dan kakak saya juga kena kans£r ovari tahap 3B," tutur penyanyi 'Cinta Azali' itu.
Disamping itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, tidak menafikan kans£r itu berpunca daripada str£s melamp@u yang dialaminya kerana dit1pu RM80,000 oleh pihak yang berjanji mahu menerbitkan album bahasa Perancis les@p pada 2018.
"Sebuah syarikat tempatan kata nak taja dan semua perjanjian pun ada untuk memberi dana RM80,000. Saya dan suami okay, percaya, tanda tangan perjanjian, keluar duit dulu pergi buat album di Perancis. "Rupanya kami dit1pu syarikat itu, kes pun masuk mahkamah, namun mereka les@p dan sampai ke hari ini RM80,000 itu tak dapat. Itu memang antara dug@an hidup paling besar buat saya.
"Rakan suami yang mengkaji pasal minda, str£s, tenaga dan sebagainya cakap saya str£s. Memang pun kalau str£s disebabkan horm0n k0rtisol tinggi. Kebanyakan yang dapat mas@lah kanser sekarang sebab str£s," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nourul akhirnya tampil dengan konsert solo sulungnya selepas lebih tiga dekad perjalanannya sebagai penyanyi dan cukup bermakna besar buat dirinya secara peribadi.
Konsert For You: Nourul anjuran Rong Geng Entertainment itu akan berlangsung pada 17 April tahun depan di Zepp Kuala Lumpur.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment