03 December 2025

GAG4L HADIR KE MAHKAMAH WALAUPUN SUDAH IKLAN PENCARIAN DI AKHBAR - BEKAS SUAMI RAJA AZURA BOLEH DIKENAKAN WAR4N TANGK4P SEKIRANYA MASIH BERBUAT DEMIKIAN



Bekas suami kepada pengacara popular, Raja Azura yang mesra disapa Kak Engku iaitu Adzmin Osman masih gag@l hadir ke mahkamah, biarpun iklan pencarian sudah diterbitkan melalui akhbar pada 26 November lalu.
Justeru, peguam Syarie mewakili Raja Azura, Mohammad Amirul Hanizan berkata, Adzmin boleh dikenakan war@n tangk@p sekiranya masih gag@l berbuat demikian bagi k£s tuntutan nafkah anak difailkan pelakon itu.

"Pihak defendan sepatutnya hadir pada hari ini, namun defendan atau responden masih belum hadir. Dalam iklan itu juga menyebut sama ada defendan hadir atau tidak, keputusan tetap boleh dibuat.

"Jika defendan hadir, hakim akan meneliti atau sias@t terlebih dahulu sebelum mengeluarkan perintah kebenaran melaksanakan sam@n penghut@ng penghakiman. Jika tidak hadir, mahkamah boleh membenarkan apa yang dituntut oleh pemohon.

"Jika defendan gag@l ditemui, mungkin ada jalan lain seperti memohon war@n tangk@p. Tetapi sebelum itu, perlu ada usaha sewajarnya mencari defendan seperti mana nasihat diberi pengamal undang-undang dan mahkamah," katanya.

Klik untuk gambar besar 
Menurut peguam Syarie itu lagi, hari ini dia sudah berjumpa Pendaftar Mahkamah dan menghantar laporan mengenai iklan atau n0tis pencarian yang diterbitkan di akhbar pada 26 November lalu serta memaklumkan, mahkamah berpuas hati dengan iklan berkenaan.

"Jadi, mahkamah menetapkan tarikh seterusnya pada 19 Januari tahun depan untuk berjumpa hakim sebelum memberi kebenaran melaksanakan sam@n penghut@ng penghakiman," jelasnya.

Terdahulu, Raja Azura memfailkan permohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah tiga anaknya daripada Adzmin pada 10 September lalu selepas bekas suaminya itu didakwa cul@s membayar mengikut perintah mahkamah sejak mereka bercerai 15 tahun lalu.

Untuk makluman, Raja Azura dan Adzmin yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff, mendirikan rumah tangga pada 2001, sebelum mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 28 September 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka. dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23; Megat Luqman Hakim Adzmin, 22; dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: