03 December 2025

KONGSI PERKEMBANGAN KESIHATAN SALIH YAACOB - SHIERA CADANG BUAT DANA KHAS ARTIS VETERAN : "SELEPAS KELUAR HOSPITAL SAYA INGAT RAMAI YANG DAH ZIARAH DIA, RUPANYA DIA CAKAP TIADA LAGI YANG MELAWAT



"Dalam keadaan begini, kita memerlukan duit untuk kehidupan seharian. Dia nak bekerja tapi tak larat. Kadang orang cakap ambillah dia berlakon, keadaan dia nak pergi itu pun dah tak larat.
"Bila nak bangun, pening. Apa kata kalau kita buat dana antara artis sorang RM10. Dapat lah duit RM500 ke RM600 sebulan. Bukannya minta RM600 sorang.

"Siapa-siapa yang dah derma, okaylah. Tapi kalau boleh sediakan tabung untuk golongan artis lama. Kita sebagai artis, kita tiada duit pencen."

Itulah ujar penyampai radio, Sharifah Shahirah, 51, dimana dia berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan pelakon Salih Yaacob yang dilaporkan mengalami mas@lah kesihatan dar@h tinggi.

Kata Shahirah atau mesra disapa Shiera, buat masa ini Salih tidak mampu bekerja kerana keadaan kesihatannya yang semakin mer0sot.

Shiera yang prihatin dengan nasib yang men1mpa rakan seperjuangannya itu mencadangkan agar satu bantuan khusus untuk artis veteran diwujudkan bagi meringankan beban mereka.

Disamping itu, Shiera turut memaklumkan keadaan kesihatan Salih yangmasih memerlukan pemantauan rapi dan dia kini banyak menghabiskan masa berehat di rumah.

Klik untuk gambar besar
Malah kongsinya lagi, bacaan dar@h Salih masih tinggi dan dia turut mengalami strok ringan seperti dimaklumkan isterinya.

"Bacaan dar@h 200 lebih. Isteri dia juga maklumkan dia ada str0k ringan. Bagaimanapun dia sangat p0sitif walapun dalam keadaan begitu.

"Dia baring saja, sebab kaki dia dah tak kuat. Dia terima sahaja siapa-siapa nak datang. Kalau nak melawat, pastikan telefon isteri Salih dahulu.

"Selepas keluar hospital saya ingat ramai yang dah ziarah dia, rupanya dia cakap tiada lagi yang melawat," tuturnya yang sempat menziarahi Salih di kediamannya di Kuala Lumpur bersama rakan penyampai radio, Falyq.

Sebelum ini, Salih dilaporkan menerima rawatan di Hospital Ampang akib@t peny@kit dar@h tinggi yang dihadapinya secara tiba-tiba.

Menurut Salih, ini merupakan kali pertama dia berdepan keadaan yang memaksanya mendapatkan rawatan di hospital.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: