04 December 2025

AKTIF BUAT KERJA KEBAJIKAN - ELLA ENGGAN UAR-UARKAN, LAKUKAN SECARA SENYAP-SENYAP : "KALAU TIDAK DIHEBAHKAN, SAYA RASA AKAN DAPAT LEBIH BANYAK PAHALA"



"Sebenarnya isteri saya, Ella pernah menyertai misi kemanusiaan ke Lubnan, menyantuni masyarakat yang menetap di khemah pelarian perang Syria bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
"Ella juga suka dan sering berkongsi idea untuk memperkasa sekolah-sekolah seni dalam usaha melahirkan generasi baharu pemuzik, termasuk melalui sumbangan pelbagai peralatan untuk tujuan pendidikan.

"Selain itu, Ella pun ada terbabit dengan aktiviti menyantuni gel@ndangan yang memerlukan bantuan makanan. Banyak perkara seperti ini yang dia buat sebenarnya tapi tidak dihebahkan secara meluas."

Demikian jelas suami kepada Ratu Rock Negara, Ella, 59, iaitu Kapten Azhar Ghazali, dimana dia mendedahkan isterinya itu giat melakukan pelbagai kerja kebajikan dan amal terhadap golongan memerlukan atas dasar simpati dan menghulur bantuan ikhlas bagi meringankan b£ban.

Klik untuk gambar besar
Kata Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, dia bagaimanapun jarang mendedahkan perkara baik dilakukannya itu kerana selesa berbakti secara diam-diam, namun Azhar yang berkongsi mengenainya kerana mereka suami isteri mempunyai minat sama.

Dalam pada itu, Ella menjelaskan, dia lebih selesa kerja-kerja kebajikan dilakukannya tidak diuar-uarkan secara meluas kepada pengetahuan umum kerana itu lebih baik demi menjaga privasi dirinya dan pihak berkenaan.

"Kalau tidak dihebahkan, saya rasa akan dapat lebih banyak pahala. Bahkan, mungkin juga mereka yang menerima bantuan itu akan berasa malu, jadi kita harus menjaga perasaan mereka juga.

"Kadang-kadang, kita pun rasanya tidak boleh berkongsi semua perkara yang dilalukan termasuk kerja kebajikan dibuat kepada pengetahuan umum kerana perlu menjaga privasi pihak lain itu," tuturnya.
Sementara itu, suami Ella turut memaklumkan lagi, dia mula mengetahui isterinya mempunyai minat mendalam terhadap misi kebajikan dan membantu golongan memerlukan selepas mereka mendirikan rumah tangga.

"Saya tahu perkara ini (aktiviti kemanusiaan dilakukan Ella) selepas kami berkahwin. Naluri melakukan kebaikan itu sentiasa ada dalam dirinya. Manakala, saya pula menjadi orang yang memudahkan urusan.

"Saya turut membantu mengatur pertemuan, membuat panggilan dan sebagainya untuk sama-sama berbakti kepada golongan memerlukan dengan Ella. Namun, asasnya tetap datang daripada diri kita sendiri.

"Selain membantu individu s@kit, pelajar dan orang kelainan upaya (OKU), Ella juga secara peribadi turut menolong rakan-rakan artis terutama mereka yang kes£mpitan hidup, termasuk senior yang pernah bersama dengannya sejak awal dalam dunia muzik," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: