"Tiga bulan lalu saya terseliuh dan selepas itu keadaan jadi semakin t£ruk. Bahagian kaki jadi hitam, rasa s@kit mencucuk-cucuk. Memang rasa 'd0wn' bila doktor beritahu perlu p0tong kaki.
"Selepas ini, sus@h untuk saya bawa kereta mencari rezeki. Namun saya anggap ini adalah cara Allah nak h@pus d0sa. Setiap dug@an pasti ada sebabnya. Saya perlu kuat berdepan ujian ini."
Itulah kata peserta program Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6), Mama Rina, 62, dimana dia akur apabila kaki kanannya terpaksa dip0tong hingga paras lutut akib@t mas@lah diab£tes yang dialami.
Jelas Rina atau nama sebenarnya, Hairini Abdul Halim, bahagian tapak kakinya mula memb£ngkak sejak beberapa bulan lalu selepas dia terseliuh ketika sedang bekerja.
Klik untuk gambar besar
Maklumnya lagi, dia telah selesai menjalani pemb£dahan membuang separuh bahagian kaki kanannya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, Rina berkata, dia tidak menyangka pemb£dahan perlu dilakukan segera kerana pada awalnya niat untuk datang ke Kuala Lumpur hanya untuk mendapatkan rawatan, selain mahu meminta bantuan.
"Saya sudah dapatkan rawatan di Johor Bahru, kemudian ada kawan cadangkan untuk datang ke Kuala Lumpur. Apabila buat pemeriksaan, doktor kata bahagian kaki saya sudah t£ruk dan disebabkan itu kena jalani pemb£dahan segera.
"Alamat asal saya juga dari Selangor, jadi mungkin di sini boleh mudahkan urusan saya dapat bantuan mana-mana pihak berwajib," ujarnya yang kini hilang upaya untuk bergerak, namun tidak pernah pat@h semangat untuk terus bekerja dan berharap agar luk@ pemb£dahan segera sembuh.
Disamping itu, akui Rina, dia tidak malu untuk memohon bantuan mana-mana pihak yang sudi berkongsi rezeki untuk meneruskan hidup.
"Saya tetap akan fikir cari kerja lain. Kalau dalam keadaan ini saya boleh memandu, saya akan tetap bekerja. Semoga segera sembuh untuk saya fikir kerja apa yang boleh buat. Jika ada yang mahu hulurkan bantuan, saya terima dengan hati terbuka.
"Dapatlah menampung kehidupan sementara saya sembuh," luah Rina yang sebelum ini berkongsi bahawa dia pernah menjalani pemb£dahan membuang dua jari kaki kiri selepas mengetahui dia menghidap mas@lah diab£tes.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment