"Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya terutamanya bapa saya, ibu saya dan mummy saya.
"Ibu... walaupun ibu tidak berpeluang untuk melihat saya bergraduasi untuk sekolah rendah... tetapi aaya sentiasa sayang ibu.
"Untuk mummy Watie saya, walaupun orang selalu melihat mummy sebagai ibu tiri saya, tetapi saya sentiasa melihat mummy sebagai ibu sebenar saya."
Demikian kata anak kedua kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Thalita ketika di majlis graduasi di sekolah, dimana ia dikongsikan ibu tirinya, Watie Hanifiah menerusi media sosial.
Dalam perkongsian itu, Watie memberitahu, dia tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Thalita yang mengucapkan terima kasih buat bapanya, ibunya, Allahyarham Siti Sarah dan ibu tirinya.
Apa yang membuatkan Watie sebak, Thalita berkata, meskipun orang ramai melihat Watie sebagai ibu tirinya, namun dia melihat wanita itu sebagai ibunya yang sebenar.
Selain itu, Watie menerusi perkongsian sama turut mengucapkan tahniah kepada Thalita, namun mengakui tidak dapat menahan air mata dengan ucapan anak tirinya itu.
"Tahniah untuk majlis graduasi awak, Dzakira Talita Zahra. Sangat bangga dengan awak! Hujung-hujung tu camera (kamera) dah goyang sebab Mummy dah start (mula) nak menitik air mata dengar ucapan awak.
"Terima kasih kerana dalam ibu dan daddy, sentiasa ada nama Mummy di bibir dan hati awak. Semoga awak sentiasa menjadi kebanggaan family (keluarga) dalam apa jua yang awak perjuangkan," tulisnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment