"Sebenarnya, saya sudah lama 'move on' dengan suami, Beego sejak k£s perceraian kami difailkan di mahkamah syariah hampir setahun. Malah, tiada sebab untuk saya masih menggunakan nama akaun 'lindabeego' di IG lagi.
"Jadi, saya mohon jika ada mana-mana pihak di luar sana yang boleh membantu saya untuk menukar nama akaun itu kerana saya pun ser@but tengok. Saya juga sanggup bayar jika pihak terbabit mengenakan bayaran.
"Saya sudah berusaha untuk menukar 'username' (nama akaun) baru sejak lebih dua tahun lalu tapi gag@l," itulah jelas pelakon Linda Hashim, 41, ketika mengulas mengenai 'username' 'lindabeego' di profil laman media sosial miliknya.
Kata Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, dia juga sudah membuat permohonan kepada pihak laman itu untuk menukar nama akaun berkenaan tetapi tidak berjaya sampai hari ini.
Dalam pada itu, Linda turut menjawab pertanyaan kenapa dia tidak memadam atau membuang saja akaun terbabit, dimana katanya, banyak menyimpan gambar anak-anaknya ketika masih kecil di akaun IG terbabit.
"Saya tidak mahu padam akaun IG itu kerana banyak gambar peribadi bersama anak-anak ketika masih kecil termasuk ketika mereka di sekolah. Gambar anak-anak ketika kecil dan di sekolah itu sudah hilang dan tiada dalam simpanan peribadi saya," ujarnya.
Terdahulu, Linda menuntut cerai daripada Beego atau Aszerul Nizam Abdullah, 45, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari lalu.
Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun, mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment