04 December 2025

DAPAT SOLAT DI RAUDHAH HAMPIR SEJAM - IDZHAM ISMAIL TIDAK SANGKA DOANYA DIMAKBULKAN : "DEKAT SINI ALLAH TUNJUK KUASA-NYA... ALLAH AKAN BAGI WALAU ADA RINT4NGAN APA SEKALI PUN"



"Saya punya Nusuk pukul 3.40 pagi dan saya bangun 3.35 pagi. Saya terus gerak dan dalam hati saya berniat, 'Ya Allah, kalau aku layak nak masuk dan solat betul-betul di hadapan, permudahkanlah'."

Demikian tutur pelakon Idzham Ismail, 37, dimana dia berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika menunaikan ibadah umrah apabila berpeluang berada di Raudah hampir sejam dan menyifatkan pengalaman itu sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial, Idzham atau nama penuhnya, Muhammed Idzham Ismail, memberitahu, dia sepatutnya memasuki Raudah pada jam 3.40 pagi seperti yang tertera dalam aplikasi Nusuk, namun hanya terjaga lima minit sebelum waktu ditetapkan.

Bagaimanapun, jelas Idzham, sebaik bertemu mutawif, Ustaz Iqbal, dia berdepan situasi tidak dijangka apabila kod QR Nusuk yang pada awalnya berwarna hijau tiba-tiba bertukar hitam, menandakan ia sudah tamat tempoh.

Klik untuk gambar besar

Namun takdir Allah mengatasi segalanya apabila seorang jemaah lain tidak dapat hadir, sekali gus memberi ruang untuk Idzham menggunakan kod QR tersebut bagi memasuki Raudah.

Menceritakan detik itu, Idzham berkata, dia melangkah masuk dengan penuh rasa syukur, mengingati kunjungan pertamanya dahulu yang hanya membolehkannya berada di Raudah selama lima minit sahaja.

"Lepas masuk, saya niat... 'Ya Allah, kali pertama datang hanya dapat lima minit saja dalam Raudah. Kalau kena tarik, aku reda. Aku pergi'. Aku nak solat banyak kali tanpa dihalau dan tenang ya Allah," ujarnya.

Idzham yang tidak menyangka doanya dimakbulkan itu dapat beribadah dengan tenang tanpa sebarang g@ngguan sepanjang berada di ruangan berkenaan.
"Betul Allah bagi lagi... saya solat, tak dihalau, duduk di saf depan, solat lagi. Lepas solat pun tak dihalau," katanya.

Katanya lagi, pengalaman berharga itu menjadi peringatan besar tentang ketentuan dan keluasan rezeki yang telah ditetapkan Allah.

"Dekat sini Allah tunjuk kuasa-Nya... Allah nak bagi, Allah akan bagi walau ada rint@ngan apa sekali pun.

"Jangan risau tentang siapa buat kita, rezeki kita sebab Allah dah janjikan rezeki untuk setiap hamba-Nya. Tak perlulah kita bertikam sesama manusia. Rezeki Allah bagi, Insya-Allah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: