"Sebelum ini saya menangis bila dapat tahu abang (Shahronizam) ada tum0r dan perlu bekerja. Saya minta dia berehat dan tolak semua tawaran yang datang.
"Tapi dia jawab, kalau dia tolak tawaran ini, anak-anak nanti macam mana? Katanya, kita jenis yang ada tawaran, ada kerja, adalah gaji. Itu yang buat saya menangis.
"Alhamdulillah rezeki saya datang. Selepas abang s@kit, saya banyak dapat undangan menyanyi dan berlakon."
Itulah kata pelakon dan penyanyi Safura Ya'cob, 52, dimana dia berasa sedih apabila perlu meninggalkan suaminya, pelakon Shahronizam Noor, 53, yang disahkan menghidap kans£r tulang belikat tahap dua untuk mencari rezeki.
Tutur Safura lagi, dia perlu memanfaatkan setiap tawaran yang datang sama ada dalam lakonan mahupun nyanyian sebagai sumber pendapatan buat keluarga mereka.
Dalam pada itu, Safura turut meluahkan rasa sangat bersyukur kerana Allah menyusun cantik rezekinya berikutan suaminya melarang meminta-minta sumbangan dan berserah kepada nasib.
"Saya akui sebelum ini pernah berniaga nasi Arab, tapi saya tak boleh teruskan sebab saya pun tak berapa sihat sebenarnya. Berniaga ini satu benda yang kita perlu beri komitmen sangat besar.
"Dengan keadaan ekonomi kita sekarang, nak l@burkan satu modal yang sangat besar, mungkin tidak. Itu pun saya dah fikir nak jual rumah ini (yang didiami).
"Rumah ini saya beli pada 1999. Sebabnya saya tak nak berhut@ng. Saya penatlah berhut@ng. Saya dah masuk usia 52 tahun, kadang-kadang ada kerja, kadang kala tak ada. Itu buat saya pening kepala," ujarnya.
Disamping itu, Safura berkata, biarlah mereka menyewa rumah kecil asalkan tidak dib£bankan dengan hut@ng, selain juga memberitahu, dia mempunyai rumah di Klang, Selangor, tetapi sudah menjualnya selepas kem@tian anaknya, Nur Aisyah Maryam pada 2011.
"Selepas anak saya meninggal, saya memang tak ambil apa-apa tawaran. Saya tolak semua 'job' kerana saya tak boleh keluar dari dunia saya. Saya duduk dalam rumah sahaja.
"Masa tu memang saya sangat 'd0wn'. Saya tak boleh fokus dengan kerja. Jadi, bila saya tak kerja, saya terpaksa jual rumah, rumah di Klang itu. Siapa nak tanggung sampai dua rumah," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment