"Sekarang saya tidak lagi menerima bantuan kerana bagi saya, kalau sudah tidak perlu dan sudah kembali stabil, rasanya lebih baik diberi kepada golongan lebih memerlukan.
"Saya hanya menerima bantuan (asnaf) sementara dalam tiga ke empat bulan saja. Itu pun atas bantuan daripada rakan-rakan media yang menguar-uarkan mengenai situasi saya pada ketika itu.
"Bila saya mula dapat tawaran persembahan kembali, saya ambil keputusan untuk berhenti menerima bantuan."
Demikian jelas gitaris legenda, Man Kidal, 62, dimana dia memaklumkan, dia kini tidak lagi tersenarai sebagai penerima bantuan asnaf selepas kewangannya kembali stabil dan mula kembali menerima tawaran persembahan.
Kata Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood, dia hanya menerima bantuan antara tiga hingga empat bulan ketika pand£mik C0V1D dan keputusan itu dibuat kerana berasa bantuan lebih wajar diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Disamping itu, Man Kidal turut menzahirkan penghargaan kepada Lembaga Zakat Selangor atas bantuan yang diberikan bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga rakan-rakan pemuzik yang lain.
Klik untuk gambar besar
"Saya nak ucapkan terima kasih kepada Zakat Selangor kerana bukan saya sahaja, kawan-kawan yang lain pun dapat bantuan. Kalau perlu saya sarankan minta sahaja permohonan," ujarnya.
Dalam pada itu, t£gas Man Kidal lagi, mereka yang memerlukan dan hidup dalam kesus@han tidak seharusnya malu untuk meminta bantuan.
"Dalam agama pun ada mengajar kalau perlu... kita harus minta bantuan. Bagi saya buat apa nak malu, kalau kita sedang sus@h.
"Tapi nak minta bantuan itu biarlah hanya bila kita betul-betul memerlukan sahaja. Saluran (zakat) itu sudah ada, memang diwajibkan untuk kita minta bantuan.
"Lebih malu bila kita tak perlukan bantuan tetapi kita ambil (zakat)," tuturnya yang pernah menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor pada 2021 apabila namanya dikategorikan sebagai asnaf sementara selepas hilang punca pendapatan ketika fasa pand£mik C0V1D.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment