"Kadang kita di atas kadang di bawah. Sekarang kitaran pelawak ini dah bepusing balik ke kitaran yang bawah sikit. Kami pun dah tak ada rumah sejak saluran Astro Warna ditutup.
"Itulah sebabnya saya namakan kumpulan saya Roda ketika menyertai program realiti Muzikal Lawak Superstar tahun lalu bersama Sharif dan Naqiu.
"Jadi kalau tanya saya sekarang, semua pelawak yang saya rapatlah, masing-masing ada inisiatif sendiri untuk kelangsungan hidup," katanya.
Demikian ujar pelawak Fad Bocey, 34, dimana dia reda menerima hakikat perjalanan seni golongan pelawak yang semakin suram berbanding dahulu.
Kata Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, sama ada mahu atau tidak, semua penggiat industri merangkumi pelawak, penyanyi, pelakon akan melalui pusingan di atas dan dibawah ibarat roda.
Menurutnya, dia dan rakan-rakan lain berusaha mewujudkan p0dcast sendiri serta terbabit dengan komedi berdiri (stand up) kerana ini sahaja peluang yang ada.
"Kami mungkin dah tak dapat muncul di TV. Terus terang saya cakap, 14 tahun dalam industri, hanya setahun sekali saya muncul dalam tv. Itu pun hanya bila bertanding.
Klik untuk gambar besar
"Tak ada mas@lah pun. Cuma sekarang suasana dah bertukar. Pemp£ngaruh ramai. Jadi kita kena bersaing dengan banyak orang dan muka baru yang mendominasi industri," tuturnya.
Dalam pada itu, jelas Fad lagi, dia turut mencari rezeki dengan menyertai festival jualan anjuran Havoc di pelbagai lokasi.
"Alhamdulillah... Havoc ini saya rasa rezekilah. Walaupun mungkin tak akan keluar di tv, tapi kami dah ada perancangan-perancangan kami sendiri.
"Mungkin kami kena bergerak sendiri. Pergi ke negeri-negeri yang orang daripada dulu support kami," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Fad akan menjadi pengacara rasmi Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bersama Sharif Zero dan Danial Zaini yang bakal berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 12 hingga 16 Mac ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment