25 January 2026

"AKU TAK MENYEBELAHI DIA, BUKAN PULA TUNGG4NG AGAMA UNTUK DAPATKAN SIMPATI..." - ADIK KONGSI PERUBAHAN DA'I SYED, TAK HENTI MINTA KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH



Semua sedia maklum mengenai pendakwah selebriti, Da'i Syed, dimana mahkamah baru-baru ini mengekalkan hukvman penj@ra 10 tahun dan tiga seb@tan terhadapnya atas kesal@han mer0gol seorang wanita pada 2019.

Menerusi hantaran di media sosial, adik kepada Da'i Syed iaitu Iqbal Jamalulleil, tampil berkongsikan mengenai perubahan abangnya itu selepas peristiwa Ogos 2024.

Kata Iqbal dalam perkongsian itu, abangnya dilihat berlainan serta menyifatkan seorang anak, bapa dan suami yang baik, malah ujarnya, Syed dilihat menunaikan solat di awal waktu, suka bersedekah dan mengingatkan orang lain tentang Allah.

Klik untuk gambar besar

"Karakter dia sangat berlainan. Seorang anak, abang, bapa & suami yang sangat baik. Solat di awal waktu, lama solatnya, suka bersedekah, melayani orang dengan baik, tak suka bercakap keburukan orang lain, sangat merendah diri, suka gembirakan orang.

"Mengingatkan orang tentang Allah dan suka jamu orang makan. Tidak henti buat amalan setiap hari dan tak habis-habis minta keampunan daripada Allah S.W.T," tulisnya yang turut menjelaskan, perkongsiannya itu bukan untuk menyebelahi abangnya atau menggunakan sentimen agama untuk meraih simpati.
"Aku tak menyebelahi dia, bukan pula tungg@ng agama untuk mendapatkan simpati, selama ni pun aku tak pernah post pasal dia tapi ini 'real' tentang taubat sampai aku rasa 'insecure' dengan dia yang makin soleh," tuturnya.

Disamping itu, Iqbal juga memberitahu, disebalik ujian men1mpa, abangnya turut berpesan kepada ibunya agar tidak bimbang akan keadaan dirinya serta menganggap dia masuk ke pondok.

"Walaupun nasib tak berpihak kepada dia hari ini, tak lekang di bibirnya menyebut hikmah Allah. Dia pesan kat mama, 'Mama anggap saja Iqmal masuk pondok ya'. Kemudian dia minta tasbih untuk berzikr dan dia keluar. "Diatas itulah gambar terakhirnya. Senyum tunjuk kuat depan kami, tapi hati hanya Allah yang tahu," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: