24 January 2026

ALAMI DAR4H BEKU DI OTAK - SHAMSUL GHAU GHAU DISARAN JALANI PEMBEDAHAN, PERLU BANTUAN KEWANGAN



Pelakon Sheila Mambo telah berkongsi berkongsi keadaan, pelakon Shamsul Ghau Ghau dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang susulan mengalami pendar@han beku di bahagian otak.

"Kami berlakon sama, tetapi dia tidak datang ke set pagi ini (Sabtu). Jadi saya pun hubungi isterinya untuk bertanyakan perkara itu. Isteri dia beritahu Shamsul masih tidur dan tidak maklumkan tentang jadual penggambaran.

"Dia juga nampak tak sihat dan saya minta bawa ke hospital. Selepas jalani pemeriksaan, doktor sahkan ada dar@h beku pada bahagian otak kiri," kata Sheila Mambo yang mendapat maklumat daripada isteri pelakon berkenaan.

Klik untuk gambar besar

Difahamkan, Shamsul kini masih menerima rawatan di unit kec£masan dan mendapat saranan untuk menjalani pemb£dahan segera.

Kongsi Sheila lagi, dia juga mula menyedari perubahan pada rakannya itu ketika mereka menjalani penggambaran drama berjudul 'Kedai Kopi Melekit'.
"Hari pertama dia sangat bagus, tetapi semalam dia banyak baring. Dia juga seperti tidak boleh deliver watak dengan baik.

"Bila saya bertanya dia hanya ketawa sahaja," tuturnya yang juga memberitahu pelakon itu juga memerlukan bantuan kewangan bagi menjalani pemb£dahan selain rawatan susulan.

"Setakat ini diberitahu deposit untuk pembedahan RM25,000. Tetapi saya juga dimaklumkan pihak hospital cuba untuk pindahkan dia ke Hospital Sungai Buloh. Di sana mungkin kos tidak terlalu tinggi," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: