26 January 2026

AL-FATIHAH - IBU NAZEERA SARDI DIJEMPUT ILAHI



"Dukacita dimaklumkan bahawa bonda tercinta, Siti Nginah binti Bero telah kembali ke Rahmatullah, jam 5.47 pagi (24 Januari 2026) bersamaan 5 Syaaban 1447.

"Semoga Allah merahmati rohnya, mengampuni segala d0sa dan menempatkan beliau (arwah) dalam kalangan orang beriman.

"Terima kasih juga atas doa kalian yang tak mampu saya bal@s, yang mendoakan kesembuhannya sebelum ini. Terima kasih yang tak putus-putus datang melawat bonda saya sepanjang di ICU (Unit Rawatan Rapi).

Klik untuk gambar besar

"Semoga Allah bal@s semua kebaikan," itulah kata pelakon Nazeera Sardi, 39, menerusi hantaran di media sosial, dimana dia berkongsi berita sedih ibu tercintanya, Siti Nginah Bero telah meninggal dunia di hospital pada jam 5.47 pagi kelmarin (24 Januari 2026).

Dalam perkongsian itu, Nazeera turut memohon agar Allah mengampunkan segala d0sa ibunya serta menempatkan roh arwah pada kalangan orang beriman.
Nazeera yang tidak memberitahu secara terperinci punca Allahyarham ibunya meninggal dunia itu memberitahu, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Ramai rakan selebriti dan netizen mengucapkan takziah kepada Nazeera dan berharap semoga dia tabah dalam berhadapan dugaan kehidupan.
Terdahulu, Nazeera memuat naik hantaran di media sosial beberapa hari lalu, memaklumkan, arwah ibunya baru selesai menjalani pemb£dahan dan berada dalam keadaan krit1kal.

Justeru, Nazeera memohon jasa baik daripada orang ramai yang mengenalinya dan ibunya agar mendoakan kesihatan ibunya itu untuk kembali sihat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: