"Mencari Mr Right tidak mudah. Apa yang membuatkan saya yakin adalah cinta Pablo sangat besar dan setia."
Itulah kata bakal isteri pelakon Pablo Amirul iaitu Doktor pakar kecantikan, Dr Hana Rose, dimana dia menyifatkan bakal suaminya itu seorang lelaki yang setia.
Tidak mudah untuk bertemu dengan lelaki yang tepat, Hana berkata, dia melihat cinta Pablo untuk dirinya sangat besar.
Klik untuk gambar besar
Kongsinya lagi, hatinya tersentuh sejak satu insid£n yang berlaku dan kebaikan Pablo memberi keyakinan kepadanya untuk menjadi isteri pelakon itu.
"Ada satu momen di Itali yang membuatkan saya tersentuh di mana Pablo sanggup berkaki ayam selama tiga jam.
"Saya pakai kasut tumit tinggi hampir lapan jam dan Pablo bagi saya pinjam kasutnya kerana kaki saya sudah s@kit," tuturnya.
Sementara itu, ditanya mengenai persiapan perkahwinanya bersama Pablo pada 2 Februari ini, Hana berkongsi, segala persiapan diserahkan kepada bakal suaminya.
"Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar. Semuanya saya serahkan kepada pilihan Pablo, kerana kalau boleh saya tidak mahu b£bankan dia.
"Saya hanya mahu hari bahagia ini diraikan bersama keluarga dan sahabat yang berada si samping saya ketika susah dan senang.
"Walaupun jadual kami padat, Alhamdulillah ada pasukan yang sangat membantu di belakang kami.
"Terharu apabila mereka sanggup terbang dari Sabah, Labuan dan Sarawak, sebab bukan semuanya orang senang," ujarnya.
Sebelum, Pablo berkongsi khabar gembira bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Dr Hana Rose pada 2 Februari ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment