"Assalamualaikum, selamat datang ke dunia Anggun Mikayla. Alhamdulillah 26 Januari 2026 lahirnya seorang puteri yang manis. Terima kasih yang mendoakan, sayang semua."
Demikian kongsi penyanyi Ayda Jebat, 33, dimana dia selamat melahirkan cahaya mata ketiganya yang diberi nama 'Anggun Mikayla' di sebuah pusat perubatan swasta hari ini.
Dalam masa sama, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, turut melahirkan rasa syukur dengan kelahiran ketiga, selain berterima kasih kepada semua pihak yang menitipkan doa buatnya selama ini.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian Ayda yang dimuat naik di media sosial itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan selebriti.
Pada akhir Disember lalu, Ayda dan suaminya, Nabil Mahir telah mengumumkan jantina anak ketiga mereka dalam sebuah majlis 'gender reveal' di ibu negara.
Jelas Ayda, anak sulungnya iaitu Ana Nayla juga mengimpikan untuk memiliki adik perempuan.
Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan kini telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, 4, serta Aali Mateen, 2, dan Anggun Mikayla.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment