26 January 2026

KAMAL ADLI AKUI KEKEC£WAAN YANG DIALAMI BERI KESAN BESAR : "MEMANG 'K0YAK'... SAMPAI TAHAP SAYA TAK RASA NAK MAKAN"



"Saya seronok sibuk bekerja dan dalam masa sama sedang 'recovery'. Perkara ini baharu untuk saya, bukan sesuatu yang pernah saya lalui sebelum ini. Saya tak pernah rasa begini, jadi di set penggambaran saya hanya buat-buat okay."

"Saya tak boleh tipu diri sendiri, sebenarnya saya memang 'k0yak'. Saya terpaksa teruskan penggambaran sebab itu rezeki saya. Sampai tahap saya tak rasa nak makan. Memang saya tengah diet, tapi situasi ini 'tolong' sekali."

Itulah luahan pelakon Kamal Adli 40, dimana dia mengaku masih berada dalam fasa pemulihan selepas dua minggu disahkan bercerai dengan isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose.

Klik untuk gambar besar

Kata Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, dia terpaksa berpura-pura tenang ketika berada di set penggambaran kerana situasi yang dilalui bukan sesuatu yang mudah.

Ujarnya lagi, masih banyak perkara yang perlu dihadam dan kekec£waan yang dialami memberi kesan besar sehingga menyebabkan dia hilang selera makan serta berat badannya menurun secara mendadak, selain lebih selesa berseorangan apabila pulang ke rumah.

"Walaupun sibuk shooting, bila ada masa sendirian barulah saya sempat fikir dan 'healing'. Selepas habis penggambaran, saya balik duduk dalam bilik saja. Berfikir, solat dan buat apa yang mampu.
"Nak kata ia membantu sepenuhnya tidak, tapi Alhamdulillah saya bersyukur sebab kerja pun banyak," tuturnya yang turut berterima kasih kepada rakan-rakan di set penggambaran yang sentiasa menceriakan suasana tanpa mengungk1t isu peribadinya.

"Mereka tahu saya tengah 'down', tapi tak buka mulut pasal perkara itu. Mereka cuma cuba menggembirakan saya," jelasnya Kamal yang sah bercerai talak satu dengan Uqasha di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Untuk makluman, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia setahun lapan bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: