27 January 2026

"KAU (DA'I SYED) PERGI DENGAN ISTERI (KETIKA ITU HAMIL ANAK KEDUA) TETAPI MASIH AJAK PEREMPUAN LAIN (CHECK IN)" - DAKWA JURUSOLEK



"Ada satu ketika itu dia ke Pulau Pinang dengan Hana (isteri) dan keluarga mereka. Syed suruh datang sana, tapi saya cakap dia ada bersama isteri dan keluarga. Dia suruh saya 'check in' hotel sama supaya senang dia pergi dekat saya.

"Saya terkejut, sumpahlah kau pergi dengan isteri tetapi masih ajak perempuan lain. Saya melayan bukanlah untuk bersama dia tetapi sekadar untuk 'memancing' perangainya. Saya berani bersumpah kami tak pernah berjumpa."

Demikian kata seorang jurusolek dikenali sebagai Hanis Raus, yang tampil membuat pendedahan mendakwa pernah dig0da pendakwah selebriti, Da'i Syed yang ketika itu berstatus sebagai suami orang.

Klik untuk gambar besar

Dakwa Hanis, kejadian tersebut berlaku pada September tahun lalu, dimana pendakwah itu pernah mengajaknya ke Pulau Pinang ketika bercuti bersama isterinya, Hana Ismail dan keluarga, namun apa lebih mengejutkan, isteri Syed ketika itu sedang hamil anak kedua.

Dalam pada itu, Hanis turut menjelaskan, dia bukan 'melayan' Syed, sebaliknya mahu melihat sejauh mana tindakan serta perangainya pendakwah selebriti terbabit, malah dedahnya lagi, Syed suka memadam mesej perbualan mereka apabila dia tidak membal@s dengan segera.
"Semua ini berlaku sewaktu isterinya masih hamil anak kedua. Berlaku dalam bulan September tahun lalu. Dia ada satu perangai akan padam mesej setiap kali saya senyap dan tak bal@s cepat.

"Bila kita leka kejap, dia akan 'clear' mesej. Mungkin dia pun mula rasa curiga. Kalau kami sedang 'online', dia tak padam," dakwa Hanis yang turut menjelaskan dia mula mengenali pendakwah itu dari media sosial selepas menjadi penyokong kuat Syed ketika k£s pendakwah itu tular sebelum ini.
Tambahnya lagi, sokongan tersebut menyebabkan Syed mula menyedari kehadirannya di media sosial, sekali gus membuka ruang kepada perbualan peribadi antara mereka.

"Selepas k£s dia (Syed) mel£tup (viral) pertama kali dulu, saya memang menyokong dan menganggap dia diani@ya. Waktu itu saya memang 'follow' media sosial dia dan kongsi video-video mengenai k£snya. Bila dia n0tis video tersebut saya macam seronoklah.
"Kemudian dia 'follow' semula saya di Instagram. Bila dia tahu kita meminati dia, mungkin daripada situ dia mula ambil kesempatan," ujarnya yang kurang senang dengan pendakwah itu yang sering mengajaknya untuk bertemu pada tahun lalu.

"Tahun lepas dia betul-betul bertindak di luar batasan. Saya menetap di Perak dan dia selalu ajak pergi ke Shah Alam. Kemudian saya minta minyak wangi jualannya untuk dibuat affiliate tetapi dia tidak mahu hantar melalui pos kerana mahu berjumpa dengan saya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: