Nama Amad Dayyan sekali lagi menc£tuskan kebimbangan ramai selepas tular video di media sosial memaparkan penyanyi cilik yang sedang meningkat naik itu pengsan ketika membuat persembahan di sebuah acara di Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini.
Menerusi rakaman video tersebut, anak kepada Siti Saerah yang kini berusia 13 tahun itu dilihat sedang menghiburkan penonton dengan menyampaikan lagu 'Wajah Kekasih', nyanyian asal ibu saudaranya, Biduanita Negara iaitu Siti Nurhaliza.
Bagaimanapun, suasana bertukar c£mas di penghujung persembahan apabila Amad menunjukkan perubahan tingkah laku yang mencurigakan. Dia kelihatan memegang bahunya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri di atas pentas.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, Amad sempat dipapah turun dari pentas oleh seorang kanak-kanak, ibunya serta beberapa kru yang berada di lokasi bagi mendapatkan bantuan segera.Insid£n yang men1mpa Amad itu mengundang pelbagai reaksi dan persoalan dalam kalangan netizen, dimana ada diantara mereka yang berpendapat, Amad pengsan disebabkan faktor kesihatan, namun tidak kurang juga yang mengaitkan kejadian itu dengan sp£kulasi berunsur mist1k.
Sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku ketika anak Saerah berada di pentas akhir program Talk To My Manager, apabila dia dilaporkan rebah secara tiba-tiba dan tidak dapat meneruskan persembahan.
Meskipun tiada pengesahan rasmi mengenai sp£kulasi itu setakat ini, namun segelintir netizen sekali lagi mengaitkan insid£n terbaharu ini dengan unsur mist£ri, termasuk dakwaan kononnya terlihat makhluk bert£nggek di bahu Amad.
Keadaan sebenar Amad atau nama sebenarnya, Ahmad Dayyan, bagaimanapun belum diumumkan secara terperinci oleh pihak keluarga atau pengurusan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment