27 January 2026

SEDIA UNTUK BERHIJRAH SEANDAINYA BERTEMU JODOH - BOSS JAMES SIFATKAN HAWA RIZWANA CANTIK & BAIK, BERNIAT KENAL LEBIH RAPAT LAGI



"Buat masa sekarang ini saya dengan Hawa hanya kawan saja, belum ada yang istimewa lagi antara kami sebab masih baru hanya sebulan saja tempoh perkenalan kami.
"Masa mula-mula jumpa Hawa saya tak sangka sebab dia sangat cantik dan baik orangnya malah lembut saja, lebih buatkan saya okay sebab dia rapat dengan keluarga dan jaga dengan baik.

"Saya terbuka sekiranya ada rezeki malah kalau diberikan peluang memang ada niat untuk kenal dia lebih rapat lagi sekadar kawan."

Itulah kata pemp£ngaruh media sosial, Boss James, 34, dimana dia mengakui kini berkawan rapat dengan Hawa Rizwana serta menyifatkan pengacara dan pelakon itu memiliki rupa paras yang cantik, baik serta lemah lembut.

Klik untuk gambar besar
Tutur James, tempoh perkenalan dia dan Hawa baru sebulan dan sifat pengacara Meletop itu yang baik, lemah lembut, termasuk menghormati ibu bapa telah membuatkan dia terpesona serta selesa untuk berkawan wanita berkenaan.

Disamping itu, pemilik nama sebenarnya, James Lee, memberitahu, dia sedia untuk berhijrah seandainya bertemu jodoh dengan Hawa serta meminta orang ramai mendoakan yang terbaik.

"Boleh je, kalau dah sayang apa boleh buat. Tolong dokan yang terbaik untuk kami, jodoh ni susah nak jangka. Kalau ada Alhamdulillah, kalau tak ada pun tak boleh buat apa. Doakan yang baik-baik," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: