27 January 2026

TARIK BALIK PERMOHONAN CERAI TAPI SECARA BERSYARAT - NORA ARIFFIN TETAPKAN TIADA GANGGUAN PIHAK KETIGA



Percaya dengan ketentuan Allah di mana masih memberi rezeki jodoh, penyanyi Datuk Nora Ariffin, 53, telah menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli dan tidak menafikan berada dalam keadaan dilema sebelum membuat keputusan itu.
"Sebenarnya sebelum ini pun Dr Rushdi pernah buat permohonan, maknanya minta saya tarik balik (permohonan cerai), tapi saya macam masih dalam 50-50 lagi.

"Tapi untuk hari ini, saya ambil keputusan dan saya rasa saya percaya ketentuan Allah. Ia tak ambil masa yang panjang dan saya yakin apa yang berlaku ini pun semuanya kehendak Allah.

Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya saya agak gementar juga dengar proses prosedur itu, tetapi Alhamdulillah saya berserah pada Allah," ujar Nora ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petalditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, ing, di sini.

Difahamkan, Nora menarik balik permohonan itu secara bersyarat iaitu memastikan tiada sebarang gangguan daripada pihak ketiga dan dalam masa sama, dia juga menyerahkan proses berdamai dengan keluarga isteri pertama suaminya, Rose Aliza Sutrisno, kepada ketentuan Allah SWT.
"Wallahualam. Kita berusaha, kita cuba ikhtiar. Selebihnya kita berserah. Hati manusia itu Allah saja yang boleh pegang, yang boleh berubah. Kita buat yang terbaik," katanya yang turut berharap agar 2026 ini menjadi tahun yang tenang untuk kehidupan peribadi dan kerjayanya.

"Ada perintah injunksi dan sebagainya dan apa benda yang saya perlu buat selepas ini. Jadi saya minta tahun 2026 ini kita tenang-tenang sahaja. Saya pun terlalu sibuk dengan kerja saya tahun ini.
"Saya nak lebih fokus kepada diri sendiri, fokus pada kerjaya saya. Itu yang lebih penting. Insya-Allah kita tawakal, kita buat yang baik-baik, tawakal kepada Allah," tuturnya.

Hari ini, Hakim Syarie Ahmad Faizul Ashar meluluskan permohonan penarikan balik perceraian antara Nora dan Rushdi, sekali gus pasangan itu bersetuju untuk meneruskan rumah tangga mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: