10 January 2026

ATU ZERO : "JANGAN DATANG JUMPA SAYA... KALAU MAK MAAFKAN, SAYA PUN MAAFKAN"



"Datanglah, tetapi jangan datang jumpa saya. Datang jumpa mak saya sebab mak sudah tahu cerita ini. Minta maaf dengan mak. Kalau mak maafkan, saya pun maafkan."
Demikian ujar pelawak Atu Zero, 34, dimana dia men£gaskan jika abangnya, Sharif ikhlas mahu menjernihkan hubungan antara mereka yang dilanda kem£lut, dia perlu bertemu ibu mereka untuk memohon maaf terlebih dahulu.

Kata Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif, dia sedia memaafkan abangnya itu sekiranya ibu mereka turut berbuat demikian kerana sudah mengetahui cerita sebenar.

Dalam pada itu, Atu menjelaskan, dia menyedari tindakan Sharif baru-baru ini yang membuat permohonan maaf secara terbuka dalam sebuah program hiburan, namun dia menyifatkan ia hanya sekadar hasrat tanpa sebarang tindakan susulan.

Klik untuk gambar besar
Selepas video itu tular, Atu mendedahkan, tiada sebarang usaha daripada pihak abangnya untuk menghubungi atau menemuinya.

"Saya hanya menonton separuh sahaja video itu selepas ada orang 'tag' nama saya. Tiada apa-apa (tindakan) sebab dia tidak hubungi saya pun. Yalah, dia yang buat sal@h, saya tidak buat sal@h pun.

"Tapi sebagai adik, kita kena maafkan. Kalau tidak, lambat masuk syurga nanti, jangan main-main," tuturnya yang turut menafikan dakwaan kononnya mereka sering terserempak ketika bermain bola sepak atau di acara hiburan.

Dakwa Atu lagi, abangnya itu menghilangkan diri dan percubaannya untuk menegur Sharif ketika bertemu di sebuah majlis sebelum ini menemui jalan buntu.
"Saya tegur, tapi dia menghilang. Takkan saya nak tegur dinding. Mungkin hijab saya tertutup, jadi saya tak nampak (dia di padang bola). Mungkin juga masing-masing tak perasan," katanya.

Disamping itu, akui Atu, biarpun hubungan adik-beradik mereka kini dingin, dia masih merindui kumpulan Zero dan berharap ada sinar baharu untuk mereka kembali bersatu.

"Kalau berkumpul untuk saling meny@kitkan hati, saya tak rindu. Tapi kalau berkumpul secara baik, mestilah rindu.

"Kali terakhir kami beraksi di atas pentas adalah pada 2019. Insya-Allah, saya juga mengharapkan ada sinar baharu sebab orang ramai pun masih menunggu kemunculan kami," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: