"Dengan tenangnya saya kongsikan serba sedikit supaya semua tahu, yang ini (mas kahwin) sudah selesai selepas 22 tahun. Terima kasih suami dan Memey kerana tak pernah campur urusan yang tertangguh ini.
"Bukan nak kongsi sangat pun sebenarnya, cuma nak maklumkan berkat kesabaran selama 22 tahun ini, rezeki saya tetap rezeki saya. Alhamdulillah."
Itulah kata pelakon Abby Abadi, 49, menerusi satu hantaran di media sosial, dimana kongsinya, dia akhirnya menerima bayaran mas kahwin yang tertangguh daripada bekas suaminya yang juga pelakon Norman Hakim.
Ujar Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, dia bersyukur kerana suaminya, Faizal Zakaria serta isteri Norman iaitu pelakon Memey Suhaiza tidak pernah mencampuri hal yang tertangguh antara mereka.
Tuturnya lagi, dia yang bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai jumlah yang diterimanya itu, percaya setiap rezeki yang telah ditetapkan pasti menjadi miliknya, sama ada cepat atau lambat.
Klik untuk gambar besar
"Terima kasih Norman kerana sudi bayar apa yang tertunggak setelah berkemampuan. Awak kata tak perlu kongsi, tapi tak apalah saya suka nak kongsi.
"Saya terus menunggu dengan penuh kesabaran. Semoga berkat kesabaran 22 tahun ini, dapatlah saya sebuah mahligai bukan hanya di dunia, tetapi di syurga sana," ujarnya.
Disamping itu, jelas Abby lagi, sepanjang tempoh perkahwinan mereka, masih terdapat tuntutan lain yang belum diselesaikan melibatkan nafkah.
"Yang saya tuntut nafkah makan minum dan tempat tinggal untuk 18 tahun, panjang lagi ceritanya. Yang ini hanya duit mas kahwin," luahnya.
Untuk makluman, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002, namun bercerai pada 2009.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.
Selepas itu, Abby mendirikan rumah tangga bersama Faizal, manakala Norman pula berkahwin kali kedua dengan Memey pada 2011.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment