05 January 2026

AKSI JEFRI NICHOL BERPELUKAN DENGAN SEEORANG WANITA TERIMA PERHATIAN - DIDAKWA SUDAH ADA PENGGANTI AMEERA KHAN?



Semua sedia mengetahui mengenai pelakon Indonesia, Jefri Nichol yang sebelum ini hangat diperkatakan selepas dia menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan.

Nama Jefri sekali lagi menjadi sebutan dan perhatian apabila tular satu perkongsian memaparkan pelakon Indonesia itu berpelukan dengan seorang wanita.

Melihat pada perkongsian di media sosial, wanita berkenaan menulis kapsyen ringkas 'Sayang' dengan emoji hati berserta 'tag username' Jefri Nichol.

Klik untuk gambar besar

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan apa yang lebih menghiburkan, ramai yang meninggalkan komen dalam bahasa Kelantan.

Tidak kurang juga, ada yang memperkatakan semula kisah Jefri dengan Ameera yang pernah tular sebelum ini.
Sejak November lalu, hangat diperkatakan apabila Ameera dilihat memadam gambar bersama kekasihnya itu di media sosial miliknya.

Malah, gambar bersama Ameera juga dilihat sudah tiada di media sosial Jefri, sekaligus menc£tuskan tanda tanya netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: