"Berpeluang bertemu seorang legenda sejati (Ayden) ketika mendaki Gunung Kinabalu. Tenang dan langkahnya begitu konsisten, tanpa disangka dia meninggalkan saya jauh di belakang. Pendakian ini mengingatkan kita bahawa kekuatan tidak semestinya ditentukan oleh usia."
Demikian kata seorang pencipta kandungan dari Amerika Syarikat iaitu Terry Pernell, menerusi video dikongsikan di media sosial, dimana meluahkan rasa kagum dengan anak sulung kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah iaitu Ayden Adrean yang mendaki Gunung Kinabalu ketika usianya 9 tahun.
Menerusi perkongsian video di media sosial yang menjadi perhatian itu, Terry yang turut mendaki Gunung Kinabalu, berkata, Ayden bukan saja berdisiplin malah meninggalkannya di belakang.
Klik untuk gambar besar
Meninjau ke iruangan komen, rata-rata netizen memuji Ayden yang tidak melupakan asal-usulnya, dimana bapanya yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz berasal dari Singapura.
Malah, netizen turut memuji didikan Bella kerana Ayden tetap ingat akan bapanya meskipun apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka sebelum ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment