04 January 2026

BUAT LAPORAN POLIS - BEKAS ISTERI NUBHAN DAKWA WANG TUNAI & BARANG KEMAS HILANG



"Laporan polis sudah dibuat oleh anak guam saya dan kini kami menunggu tindakan lanjut pihak polis, termasuk langkah seterusnya yang akan diambil.
"Ada dakwaan kehilangan wang tunai dan barangan kemas. Polis akan merakam kenyataan terlebih dahulu sebelum menjalankan sias@tan terperinci berkaitan butiran kehilangan tersebut."

Demikian kata peguam syarie yang mewakili Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 35, iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir, yang memaklumkan laporan polis terbabit turut membabitkan dakwaan kehilangan wang tunai serta barangan kemas.

Dr Afifah atau Dr Fie sebelum ini membuat laporan polis di Balai Polis Paroi, Seremban, pada Jumaat, terhadap bekas suaminya yang juga penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan, 39, berhubung dakwaan mengeluarkan barangan miliknya dari kediaman yang didiami bersama anak-anak mereka.

Jelas Akberdin lagi, sebarang pertimbangan lanjut tidak boleh dibuat selagi sias@tan polis belum selesai.

"Buat masa ini, kita tidak boleh membuat apa-apa rumusan. Biarlah polis menjalankan sias@tan sepenuhnya.

"Apa yang berlaku sudah diceritakan kepada pihak berkuasa, termasuk cara barangan diambil serta dakwaan ada barangan r0sak akib@t pengambilan yang tidak betul.

"Oleh itu, perkara ini dibawa kepada pihak berkuasa bagi membolehkan sias@tan dibuat mengikut pros£dur," katanya.

Dalam pada itu, maklum Akberdin, pihaknya akan mengambil tindakan sivil selepas anak guamnya selesai menyemak keadaan dan jumlah barangan terbabit.

"Selepas ini, saya akan mengambil tindakan sivil mengikut arahan anak guam selepas beliau membuat semakan terhadap barangan yang masih ada atau hilang," tuturnya.

Akberdin dalam masa sama turut menjelaskan tuntutan harta sepencarian antara Dr Fie dan Nubhan sudah difailkan di mahkamah untuk melalui pr0ses perbicaraan.

"Buat masa ini, kami tidak mahu menc£tuskan sebarang ketegangan. Apa yang perlu, kita lakukan terlebih dahulu mengikut saluran betul.

"K£s tuntutan harta sepencarian sudah difailkan dan akan diputuskan melalui mahkamah," ujarnya.

K0nflik terbaharu antara Dr Fie dan Nubhan terc£tus apabila wanita itu mendakwa barangan di kediaman yang dihuni bersama anak-anak dicamp@k keluar tanpa pengetahuannya.

Untuk makluman, Nubhan dan Dr Fie sah bercerai pada 2 Disember lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: