Nama usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini telah hangat diperkatakan di media sosial selepas membuat lawak 'double meaning' dengan pemp£ngaruh, Ratu Farah Diva.
Menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Thr£ads, seorang netizen telah berkongsi beberapa klip video memaparkan Aliff dan Ratu sedang bersiaran langsung menjual biskut.
Ratu yang mengulas mengenai biskut berkenaan mengatakan ianya lebih sedap jika dinikmati bersama susu.
Klik untuk gambar besar
Namun apa yang menjadi perhatian ramai, Aliff berseloroh dengan menyamakan susu dengan bahagian tidak sepatutnya.
"Kau berapa banyak susu? Tu kau dah ada susu dua, yang kat tengah-tengah ni," kata Aliff yang turut didakwa berseloroh lagi mengenai susu berbunyi, "besar dan hebat lagi susu kau".
Susulan kenyataannya itu, individu tersebut turut mempersoalkan adakah ianya satu bentuk gangguan s£ksual.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan Aliff serta meminta usahawan itu lebih berhati-hati ketika berkata-kata kerana bimbang mengundang kec@man.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment