19 January 2026

DIEJ£K PAD4N MUKA TAK JADI JUARA - NUBHAN AKUI TAK KISAH, ANGGAP REZEKI DAPAT TEMPAT KETIGA



"Saya tidak kisah jika ada yang kata 'pad@n muka dapat nombor tiga dan tidak jadi juara'. Apa pun keputusan yang diumumkan adalah rezeki. Saya akui perjalanan 12 minggu dalam program ini bukan sesuatu yang mudah.
"Berada di pentas final (akhir) dan menjadi antara enam finalis terbaik sudah membuatkan saya sangat bersyukur. Dari awal sas@ran saya memang untuk masuk final, soal juara atau tidak ini soal rezeki."

Demikian kata penyanyi Nubhan, dimana dia meluahkan rasa syukur dan menganggap ianya sebagai rezeki apabila dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).

Ujar Nubhan, meskipun ada yang gembira dia tidak bergelar juara serta ada yang mengejeknya namun dia tidak mengambil hati.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, akui Nubhan lagi, dia sudah melakukan yang terbaik dalam persembahan duetnya bersama penyanyi Aina Abdul, meskipun dikatakan kurang menyerlah.

"Lagu solo memang pilihan saya sendiri, tetapi lagu duet ditentukan oleh pihak produksi. Saya terima sebagai satu cab@ran dan merasakan sudah melakukan yang terbaik.

"Saya akui kurang memberi dalam persembahan itu kerana lagu berkenaan memang suk@r. Terima kasih juga kepada Aina kerana memberikan komitmen yang sangat baik," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: