15 January 2026

FILEM 'AVATAR' - MICHELLE YEOH BAKAL BINTANGINYA?



Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh bakal membintangi sekuel keempat dan kelima naskhah kegil@an seluruh dunia, filem 'Avatar'.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengarah filem tersebut, James Cameron, 71, dimana katanya, pelakon kelahiran Ipoh, Perak terbabit pasti akan ditampilkan dalam sekuel akan datang sekiranya projek berkenaan mendapat 'lampu hijau' untuk disambung.

"Michelle semestinya akan ada dalam sekuel keempat kalau kami buat. Dilemanya sekarang, industri filem sangat tertekan kala ini. Avatar 3 menelan kos yang sangat mahal. Kami kena buat yang terbaik untuk teruskan.

Klik untuk gambar besar

"Kami kena cari jalan untuk bagaimana jadikan filem Avatar lebih rendah kosnya untuk sambung. Kalau sambung, kami kena buat sekali yang keempat dan kelima," maklumnya.

Cameron yang berkongsi perkara itu dalam temubual baru-baru ini sempena sekuel terbaru filem terbabit 'Avatar: Fire and Ash', turut memberi sedikit perincian watak yang bakal dibawakan Michelle iaitu sebagai seorang Na'vi bernama Paktuelat.
Difahamkan, pemenang Oscar berusia 63 tahun itu sudah dikaitkan dengan francais 'Avatar' sejak beberapa tahun, namun belum membuat kemunculan dalam mana-mana sekuelnya lagi.

Pada 2019, akaun media sosial Avatar X pernah mengumumkan Michelle bakal membawakan watak Dr Karina Mogue dalam hantaran yang didedikasikan bersempena ulang tahun kelahirannya.

Namun, Cameron kemudian mengesahkan pada 2024 bahawa beliau tidak akan membintangi sekuel ketiga 'Avatar'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: