23 January 2026

HAMPIR SEBULAN DI HOSPITAL - HELMI GIMMICK DIBENARKAN PULANG, LEPAS RINDU LAKUKAN SIRAMAN POKOK & DUDUK DI BAWAH CAHAYA MATAHARI PAGI



"Selama hampir sebulan saya dirawat di hospital kerana kans£r buah pinggang tahap empat dan menjalani pemb£dahan, perkara yang paling saya rindu adalah melakukan aktiviti rutin harian saya.

"Selain rindu terhadap keluarga dan cucu, saya turut merindui aktiviti siram pokok di sekeliling rumah dan duduk di bawah cahaya matahari pada waktu pagi. Aktiviti ini adalah terapi diri saya.

"Jadi, bila dah lama tak dapat buat macam biasa memang rindu sangat. Alhamdulillah, selepas dibenarkan oleh doktor balik ke rumah berehat sejak Isnin lalu, saya dah dapatlah melepaskan rindu.

"Rasa rindu pun sudah terubat sekarang. Di samping, tengok serta menikmati pemandangan indah di sekeliling rumah dengan pokok-pokok menghijau. Hari pun tak hujan, cahaya matahari keluar."

Itulah ujar pengacara dan penghibur serba boleh, Helmi Gimmick, 66, dimana dia sudah dapat melepaskan kerinduannya untuk menyiram pokok di sekeliling rumah termasuk duduk di bawah cahaya matahari, selepas dibenarkan pulang ke rumah, baru-baru ini.

Helmi atau nama sebenarnya, Helmi Harun, yang hampir sebulan menerima rawatan di Hospital Universiti Putra Malaysia (HUPM) yang kini dikenali sebagai Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, meluahkan rasa syukur kerana kini dapat berehat dan menjalani proses pemulihan di rumah.

Klik untuk gambar besar

Kongsinya yang baru menjalani pemb£dahan membuang buah pinggang kiri akib@t kans£r, dua aktiviti berkenaan adalah rutin biasa yang dilakukannya setiap hari ketika di rumah pada waktu pagi sebagai terapi serta mendekatkan diri dengan keindahan alam sekitar.

"Alhamdulillah, bila dah dapat balik ke rumah sejak beberapa hari lalu rasanya memang lebih sihat. Walaupun saya tidak melakukan kerja-kerja berat, tetapi masa berehat saya diisi dengan senaman ringan.

"Dapat berjalan di luar rumah dan menghirup udara segar dengan melihat kehijauan pokok-pokok memang mendamaikan hati. Tidur saya pun cukup dan syukur kepada Allah," jelasnya yang kini semakin pulih dan sihat.

Maklum Helmi lagi, dia masih perlu berehat sekurang-kurangnya tiga bulan atas nasihat doktor, selain turut memaklumkan dia sangat berterima kasih kepada semua kakitangan perubatan di hospital yang sangat membantunya selama dirawat.

"Saya dinasihatkan untuk makan ubat, jaga pemakanan, jaga minum dan menjalani rawatan susulan dengan doktor. Proses pemulihan ini memerlukan saya mengubah gaya hidup, termasuk cara makan dan minum. Doktor beritahu saya perlu sesuaikan diri dengan keadaan baharu ini.

"Dulu kita makan apa sahaja yang kita mahu, sekarang tak boleh. Semuanya perlu dipantau, termasuk kuantiti makanan, minuman dan waktu makan. Tidur pun kena cukup. Dulu asal tidur sudah memadai. Sekarang semua kena dipantau, termasuk berat badan yang perlu diperiksa setiap hari.
"Memang agak terkejut dengan budaya hidup baharu ini, tetapi tak mengapa. Demi kebaikan, saya ikut sahaja. Sekurang-kurangnya saya perlu berehat selama tiga bulan. Jika badan memberi respons p0sitif dengan cepat, Insya-Allah cepatlah saya pulih. Jika sebaliknya, saya perlu bersabar.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital. Semua kakitangannya sangat profesional dan berbudi bahasa. Doktor-doktor dan jururawat memberikan layanan yang sangat baik. Saya amat menghargai usaha mereka. Tanpa mereka, mungkin saya tidak dapat keluar hospital secepat ini," katanya.

Terdahulu, Helmi dimasukkan ke hospital pada 29 Disember 2025 untuk rawatan lanjut peny@kit kans£r dihidapinya serta selamat menjalani pemb£dahan membuang buah pinggang kiri pada 8 Januari lalu.

Helmi yang popular pada awal era 2000-an itu pernah menjadi hos untuk program televisyen iaitu antaranya, Famili Ceria di ntv7, dimana ia masih diimasih diingati ramai.

Selain itu, Helmi juga pernah tampil dengan album solo berjudul Tongkat Ali serta berkhidmat sebagai penyampai radio di Time Highway Radio (THR) yang kini dikenali Gegar.

Kira-kira 30 tahun aktif dalam karier seni hingga kini, Helmi turut memiliki kemahiran fasih bertutur dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Indonesia serta sedikit bahasa Perancis.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: