"Hari ini (semalam), sebelum datang ke sini, saya sempat berjumpa dengan Hawra. Sebab itu saya lambat tadi kerana meluangkan masa bermain dengannya. Seronok sangat selepas lebih kurang beberapa minggu tidak berjumpa."
Demikian tutur Kamal Adli, dimana pelakon itu memberitahu, dia dapat bertemu anak perempuannya, Hawra Uqaira, selepas dua minggu menanggung rindu.
Ketika ditemu bual, jelas terpancar wajah gembira Kamal atau nama penuhnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, apabila pertemuan singkat itu sangat bermakna buatnya kerana dapat melihat telatah ceria anaknya, walaupun Hawra pada awalnya sedikit dingin.
"Dapat memegang, berjumpa dan meluangkan masa seperti ini pun saya sudah sangat gembira. Saya sudah gembira. Cuma tadi, pada mulanya Hawra agak dingin. Tetapi apabila hendak beredar, dia tiba-tiba menangis dan tidak mahu berpisah.
Klik untuk gambar besar
"Apabila dapat berjumpa dengannya hari ini (semalam), saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana memberi peluang kepada saya untuk meluangkan masa bersama Hawra.
"Jadi hari ini saya rasa sangat gembira, memang gembira. Tadi saya dapat beberapa jam, antara pukul 2 hingga 5.30 petang," ujarnya yang berkata, dia hanya sempat bermain di kawasan perumahan Uqasha memandangkan kesihatan Hawra yang kurang baik.
"Saya bermain di bawah sahaja sebab saya tengok dia macam sudah nak kena 'chicken pox'. Jadi tadi dia tidak memakai baju. Saya hanya bermain-main dengannya di kawasan bawah rumah sahaja, bukan di taman permainan," katanya.
Jelasnya lagi, dia yang sempat meluangkan masa selama lebih tiga jam bersama Hawra di bawah kediaman bekas isterinya itu kini sedang sibuk dengan penggambaran filem 'Takluk 2: Lahad Datu', namun ia tidak menghalangnya untuk mencvri waktu bersama anaknya.
Tambahnya, dia menghargai setiap masa terluang dan akan memanfaatkannya sepenuhnya untuk bertemu anaknya, malah perkara itu menjadi keutamaannya ketika ini bagi memastikan hubungan dengan anak terus terjalin rapat walau dalam apa jua keadaan.
"Sekarang ini, setiap kali saya ada masa lapang, saya akan berjumpa. Kebetulan hari ini memang saya lapang. Saya baru sahaja sampai dari Kuantan dan terus pergi berjumpa Hawra dahulu.
"Bila ada sahaja masa terluang, saya memang akan cuba cari ruang dan masa untuk berjumpa dengan Hawra. Itu sahaja. Esok (hari ini) saya akan jumpa dia lagi, kerana selepas itu saya perlu sambung penggambaran di Lumut.
"Jadi esok (hari ini) saya memang ingin meluangkan masa dengannya. Tidak ada sebarang halangan. Rasanya ibunya juga bekerja, jadi mungkin saya boleh mengambil peluang itu untuk menjaga Hawra sekejap," kongsinya yang sebelum ini meluahkan rasa rindunya terhadap anaknya itu di media sosial selepas lama tidak bertemu.
Untuk makluman, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 12 Januari lalu, selepas mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun lapan bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment