22 January 2026

MAHU NAMPAK MAHAL, BUKAN SEBAB DUGAAN HIDUP - AMYZA AZNAN JELAS KEPUTUSAN BERTUDUNG



"Secara rasmi dah bertudung bermula bulan 10 tahun lepas (2025). Saya memakai tudung ini memang tiada apa-apa dorongan. Bila bertudung, baru saya sedar yang jika Allah berkehendak, ia akan terus berlaku. Ada yang kata saya pakai tudung sebab ujian-ujian yang saya hadapi. Tapi tidak.

"Yang buatkan saya seperti ini sekarang (memakai tudung) adalah saya mahu buatkan diri-diri saya nampak mahal. Anak-anak mahukan itu. Mereka sangat suka bila saya pakai tudung."

Itulah kata pelakon Amyza Aznan, 50, dalam nada sebak, dimana jelasnya, keputusan untuk berhijab pada bulan Oktober tahun lalu dibuat atas kerelaan hati dan bukan disebabkan dugaan hidup seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

Klik untuk gambar besar

Ditanya mengenai penghijrahannya pula, Amyza bagaimanapun enggan berkongsi lebih lanjut kerana tidak mahu menimbulkan sal@h faham di kalangan netizen.

"Apa yang buat saya berhijab, tidak perlu dikongsi berlebihan kerana bimbang akan timbul banyak pandangan dan perbal@han. Kita tahu keadaan sekarang macam mana, masing-masing ada pendapat sendiri.
"Jadi, saya ambil keputusan untuk simpan sendiri sahaja," ujarnya yang turut memberitahu, kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa meskipun sudah berhijab, malah dia juga sebelum ini sememangnya menjaga batas dalam lakonan.

"Alhamdulillah, tawaran berlakon masih ada dan dari segi batasan pula, sebenarnya sejak sebelum berhijab lagi saya memang sudah menjaga batas.

"Melainkan ada babak kas@r, itu terpaksa dilakukan. Namun selepas berhijab sekalipun masih mudah bekerjasama kerana mereka juga tahu menjaga batas," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: