09 January 2026

JALANI PEMB£DAHAN BUANG KETUMBUHAN DALAM PERUT - AAN WAYS REHAT MENYANYI SEMENTARA



Penyanyi Aan Ways atau nama sebenarnya, Besran Zulkifly, 66, baru-baru ini telah menjalani pemb£dahan membuang ketumbuhan dalam perut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu s@kit pada 29 dan 30 Disember lalu.

Kata penyanyi lagu 'Warkah Buat Kekasih' ini, pada mulanya, dia menjalani pemeriksaan dan hasil imbasan, doktor mendapati ada ketumbuhan dalam perut sebelum ditahan di wad.

"Saya mulanya tak boleh kentut, tak boleh buang air besar dan tak boleh minum selama dua hari, hanya tah@n s@kit di rumah sebelum anak terus bawa ke hospital.

"Pada sebelah petang 31 Disember, barulah saya menjalani pemb£dahan dan saya berada di situ sehingga jam 6.30 petang. Syukur pemb£dahan berjaya dan saya kini berehat di HKL sehingga sembuh," katanya.

Dalam pada itu, jelas Aan, dia tidak pernah berdepan mas@lah kesihatan sebelum ini, tetapi mengalami buasir yang kadang kala s£rius sehingga naj1s berdar@h.

"Saya bersyukur rakan-rakan artis prihatin dengan keadaan kesihatan saya. Ramai yang datang melawat antaranya Elly Xceed, Worm UG 14, Shafie Rio, Azman Terlena, Roy Qiara dan Isa Gravity.

"Tak ketinggalan juga, adik-beradik, saudara mara juga datang melawat dan ia memberikan satu kekuatan semangat untuk saya. Terima kasih pada semua termasuk peminat yang mendoakan saya," tuturnya yang kini berehat di rumah.

Ujarnya lagi yang baru dibenarkan keluar dari HKL tiga hari lalu, dia akur perlu berehat seketika daripada aktiviti seni dan dalam tempoh ini, banyak persembahan yang sudah dipersetujui sebelum ini terpaksa dilepaskan.

"Banyak juga tawaran yang terpaksa dibatalkan. Ada dalam lima hingga enam persembahan. Sejak dimasukkan ke wad, memang terus terpaksa batalkan.

"Pada 31 Disember lalu pun saya terpaksa batalkan persembahan malam tahun baharu yang sepatutnya diadakan di Seri Kembangan.

"Memang ini punca pendapatan saya, tapi apa yang terjadi sekalipun saya reda sahaja, hendak buat macam mana?" katanya yang belum mampu bercakap dengan kuat.

Disamping itu, Aan berkata, populariti lagu 'Warkah Untuk Kekasih', 'Seiras' dan beberapa lagi yang sering dimainkan di radio terutamanya Radio Klasik RTM setiap hari, membuatkan namanya kekal menjadi sebutan peminat.

"Anak-anak minta saya berehat dari nyanyian kerana dah lama bergelumang dalam bidang ini. Tapi nak buat macam mana kerana undangan itu tetap ada. Terpaksalah juga ambil.

Klik untuk gambar besar

"Orang masih nak dengar suara saya. Jadi itu yang buat saya sering dipanggil untuk menyanyi di pelbagai lokasi," jelasnya yang menerima lawatan Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez di rumahnya, di Taman Batu Permai, semalam.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung KARYAWAN Rozita Rohaizad serta EXCO KARYAWAN, Datin Salwa Abdul Rahman dan suaminya, Datuk Subadron Aziz.

Walaupun berdepan ujian kesihatan yang menj£jaskan sumber pendapatan, Aan berkata, dia tetap bersyukur kerana tidak perlu mengeluarkan kos pemb£dahan apabila memiliki kad sebagai pesara kerajaan.

"Untuk pemb£dahan ini, disebabkan dahulu saya bekerja dengan Jabatan Penerangan di bawah kerajaan, jadi saya ada kad pencen. Alhamdulillah, pemb£dahan ini percuma.

"Saya berterima kasih kepada rakan-rakan artis yang hadir memberi sokongan moral sepanjang tempoh dirawat di hospital. Ia jadi sokongan moral buat saya.

"Selepas pemb£dahan keadaan kembali normal, cuma perlu tunggu pulih sepenuhnya, mungkin ambil masa dalam sebulan. Sekarang saya jalani proses pemulihan rumah dan selepas ini perlu buat pemeriksaan susulan di HKL," ujarnya.

Pada 20 Januari ini, Aan juga perlu melakukan beberapa perkara lagi selepas ini seperti membuka jahitan dan menjalani imbasan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer).

Sementara itu, bagi membantu meringankan beban Aan, Freddie menyerahkan sumbangan wang tunai untuk perbelanjaan ubat-ubatan dan rawatan susulan pada sesi kunjungan terbabit.

"Ia adalah hasil kutipan tabung persatuan, selain sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan penggiat seni yang diuji mas@lah kesihatan.

"Hari ini kami menyerahkan sedikit sumbangan berupa wang tunai daripada Tabung KARYAWAN yang dikumpulkan menerusi majlis makan malam dan pelbagai aktiviti kutipan dana.

"Inilah antara sebab mengapa tabung ini diwujudkan, iaitu untuk membantu artis yang menghadapi mas@lah kesihatan dan tidak lagi mampu bekerja," tuturnya.

Jelas Freddie lagi, inisiatif membantu golongan seni yang memerlukan akan diteruskan memandangkan ramai dalam kalangan mereka berdepan kekangan kewangan akib@t mas@lah kesihatan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: