18 January 2026

REBAH DI LAPANGAN TERBANG SEBELUM DIKEJARKAN KE HOSPITAL - SUAMI BERTOLAK KE JEDDAH, TAK SABAR TATAP WAJAH JENAZAH NADIA KESUMA



"Dalam perjalanan untuk berjumpa denganmu sayang, sangat teruja. Anak-anak sangat sayang dan terlalu merindui kamu. Deena menangis teresak-esak di telefon.

"Terpaksa memujuk Iqi kerana dia mahu ikut berjumpa kamu. Aku berjanji kepadanya suatu hari nanti kita semua akan ziarah istana barumu."

Itulah luah suami kepada pelakon, Allahyarham Nadia Kesuma iaitu Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, dimana dia tidak sabar untuk bertemu jenazah isterinya buat kali terakhir.

Menerusi luahan yang dimuat naik di media sosial, Prof Dr Muhammad Kamarul telah berkongsi kenangan serta beberapa individu penting dalam hidup mereka.

Ujarnya lagi, biarpun tidak semua ahli keluarga dapat menziarahi Allahyarham isterinya, namun kehilangan Nadia atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, pastinya meninggalkan kesan yang cukup mendalam.

Klik untuk gambar besar

Prof Dr Muhammad Kamarul dalam hantaran tersebut, turut menyentuh hati ramai apabila bercerita makanan kegemaran Allahyarham isterinya.

"Aku tidak bawa apa-apa untukmu kali ini. Tiada chay kuey teow Adam atau masakan Auntie dari Tun Saadon atau kimchi wantan Medan Selera Gelugor.

"Pastinyanya hidangan kamu sekarang luar biasa. Tapi aku datang dengan penuh kasih sayang," tuturnya yang juga berkongsi rasa terharu apabila ramai yang menghubunginya menyampaikan ucapan takziah selain meluahkan rasa sedih.

Disamping itu, Prof Dr Muhammad Kamarul dilihat sempat menitip kata-kata manis sebelum tiba di Jeddah.
"Menerima ratusan mesej daripada kawan-kawan dan juga orang yang tidak dikenali. Rupanya kamu bukan orang asing bagi mereka.

"Mereka menelefon dan terus menangis. Aku sendiri tidak faham bagaimana mereka boleh begitu. Kami sudah separuh jalan, jumpa kamu malam ini. Sayang kamu," katanya.

Difahamkan, Prof Dr Muhammad Kamarul bersama anak perempuannya dijadualkan berlepas ke Jeddah, Arab Saudi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.35 petang Ahad, bagi menguruskan jenazah dan pengebumian Allahyarham di negara itu.

Pada malam Sabtu, Prof Dr Muhammad Kamarul memaklumkan, beliau telah dihubungi oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) pada malam Sabtu bagi memaklumkan perkembangan berkaitan perkara tersebut.
"Wisma Putra ada menghubungi saya malam tadi (Sabtu) dan maklumkan tentang perkara ini (berita kem@tian). Untuk keterangan lanjut saya minta maaf kerana segala kenyataan akan dibuat oleh Wisma Putra. Saya dan anak perempuan akan ke Jeddah pada 5.35 petang ini (Ahad)," jelasnya.

Sebelum ini, berita kem@tian Nadia disahkan oleh Prof Dr Muhammad Kamarul dan anaknya yang memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia di Jeddah, Arab Saudi akib@t s@kit jantung.

Berita duk@ itu disampaikan selepas Allahyarham gagal dikesan setelah tiba di Jeddah pada Khamis ketika dalam perjalanan mengikuti pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi.

Allahyarham bersama jemaah lain sepatutnya meneruskan penerbangan ke London selepas transit di Jeddah selama beberapa jam dan akan kembali semula ke Jeddah bagi urusan umrah.

Jenazah Allahyarham Nadia kini berada di Hospital King Fahd dan dijangka akan dikebumikan di sana.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: