18 January 2026

"DOKTOR PASANGKAN TIUB TARIK MUNTAH PADA HIDUNG SAYA" - HELMI GIMMICK ALAMI MUNTAH-MUNTAH SELEPAS MAKAN NASI LEMAK



"Dua hari lalu, saya minta anak belikan nasi lemak sebab terlalu rindu nak makan. Tapi, saya tak tahu sebenarnya masih tidak boleh makan dan minum secara mendadak, maka saya muntah-muntah selepas makan nasi lemak itu.

"Jadi, bagi terus memantau keadaan kesihatan saya terutama fungsi usus serta mengelakkan berlaku luk@ dalaman di organ lain disebabkan muntah-muntah itu, doktor pasangkan tiub tarik muntah pada hidung saya.

"Tujuannya bagi mengeluarkan apa sahaja makanan dan minuman yang saya ambil tanpa menyebabkan luk@ dalaman di tempat lain dan berlaku jangk1tan kum@n, termasuk untuk memantau fungsi usus serta sistem penghadaman.

Klik untuk gambar besar

"Apatah lagi, saya sudah empat hari tidak membuang air besar dan sebab itu doktor perlu memantau fungsi usus sama ada okay atau tidak. Kalau tiada mas@lah di usus dan semuanya baik, Insya-Allah saya mungkin boleh keluar hospital dan dibenarkan pulang ke rumah."

Demikian kata penghibur serba boleh Helmi Gimmick, 66, dimana maklumnya, dia mengalami muntah-muntah selepas menikmati nasi lemak dan kerana itu, doktor telah memasangkan tiub di hidungnya untuk mengeluarkan muntah hingga bersih, sekali gus memantau keadaan kesihatannya.
Jelas Helmi atau nama sebenarnya Helmi Harun, dia perlu menjaga makan dan minum selepas menjalani pemb£dahan membuang buah pinggang kiri pada 8 Januari lalu kerana kans£r tahap empat dihidapinya.

Tuturnya lagi, dia yang kini menyerahkan kepada doktor untuk melakukan apa sahaja rawatan itu akur jika perlu tinggal lebih lama di hospital untuk memastikan keadaan kesihatan pulih.

Terdahulu, Helmi dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Aziz Shah di Serdang sejak 29 Disember 2025 akib@t kans£r buah pinggang tahap empat yang dihidapinya lebih setahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: