18 January 2026

"ALHAMDULILLAH KITA SUDAH MULAKAN RENOVASI DI SEBUAH MASJID DI KAMPUNG SAYA" - AERIL ZAFREL BELANJA HAMPIR RM500,000 UNTUK KOSNYA



Biarpun perancangan untuk membina sebuah masjid perlu ditangguhkan, namun pelakon Aeril Zafrel meluahkan rasa syukur niatnya untuk membantu membaiki masjid di kampungnya tercapai.
Jelas Aeril, dia mahu kariah di masjid kampungnya selesa, tambahan pula bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.

"Alhamdulillah kita sudah mulakan renovasi di sebuah masjid di kampung saya. Cadangan asalnya kita nak baik pulih sebuah masjid yang baharu. Namun, bila kita lihat semula, ada banyak proses yang perlu dilalui.

Klik untuk gambar besar
"Masjid yang lama juga masih ada orang-orang yang infaq. Jadi, timbul dilema di situ. Bila ada yang infaq dan mereka sudah beli bahan-bahan binaan, kalau kita ganti yang baharu, bahan yang lama ini tidak akan digunakan.

"Bila berbincang semula, proses-proses ini turut melibatkan banyak pihak termasuklah kerajaan. Jadi, kita renovasi dahulu mana lebih utama dan memerlukan agar para kariah dapat merasai keselesaan," tuturnya.

Dalam pada itu, ujar Aeril, kos renovasi masjis tersebut sudah hampir siap dan menelan belanja hampir setengah juta.
"Kos renovasi itu mencecah hampir setengah juta ringgit. Proses renovasi itu pun sudah hampir siap. Namun, ada beberapa penambahan yang perlu dilakukan. Saya juga perlu menambah sedikit lagi wang berdasarkan keperluan.

"Insha-Allah menjelang Ramadan ini, masjid itu sudah boleh diguna pakai," kata Aeril yang juga memberitahu, dia mahu meneruskan usaha untuk mencari masjid atau surau yang perlu dibaik pulih.

"Walaupun bukan semua orang dapat pergi ke masjid itu, namun kami akan cuba teruskan usaha sama ini ke masjid-masjid di tempat lain pula. Ketika ini, kami juga sedang sibuk. Selepas raya nanti, kita akan cari lagi masjid atau surau yang perlukan renovasi,” katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: