18 January 2026

KEM4TIAN NADIA KESUMA - SUAMI KATA WISMA PUTRA AKAN UMUM, JENAZAH DIKEBUMI DI JEDDAH : "DIA ADALAH SEORANG ISTERI YANG TAAT, PENYAYANG, IKHLAS & SETIA"



"Semoga Allah mengurniakan keampunan kepadanya. Wahai insan tersayang, aku akan sentiasa merinduimu. Aku bersyukur kerana dapat menghantar ke destinasi terakhirmu.
"Aku mencintaimu, Insya-Allah kita akan bertemu kembali, mudah-mudahan di Jannah. Ya Allah, sesungguhnya kami datang daripadaMu dan kepadaMu juga kami kembali.

"Dia adalah seorang isteri yang taat, penyayang, ikhlas dan setia. Ya Allah, Engkau telah menjanjikan syurga kepada mereka yang taat kepada suami dan mereka boleh memasukinya melalui mana-mana pintu syurga yang mereka kehendaki.

Klik untuk gambar besar
"Sesungguhnya, dia milikMu ya Allah. Maka sempurnakanlah janjiMu," itulah tulis suami kepada pelakon, Allahyarhamah Nadia Kesuma iaitu Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menerusi media sosial miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Dr. Muhammad Kamarul menyifatkan arwah isterinya itu seorang insan yang taat, penyayang, ikhlas dan setia.

Selain itu, dia turut bersyukur apabila dapat menghantar isterinya ke destinasi terakhir yang ingin dikunjungi dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Difahamkan, jenazah Nadia atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, yang kini berada di Hospital King Fahad, akan dikebumikan di Jeddah dan berhubung itu, Dr Muhammad Kamarul akan bertolak ke sana bersama anak perempuannya pagi ini.

Sementara itu, Dr Muhammad Kamarul meminta menunggu kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan Wisma Putra, berhubung punca pemergian isteri tersayangnya dan maklumat mengenai pemergian arwah Nadia sudah diberi kepada Wisma Putra.

"Wisma Putra akan keluarkan kenyataan rasmi. Mereka (pihak Wisma Putra) sudah minta daripada saya dan segala-galanya akan dikongsikan. Saya fikir mereka akan umumkan sekejap lagi," katanya.



Terdahulu, anak perempuan arwah Nadia dikenali Myra memaklumkan, ibunya meninggal dunia pada 15 Januari lalu akib@t s@kit jantung di media sosial.

Nadia yang membintangi filem 'Syaitan Mun@fik' dan 'Kudeta' sebelum ini dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Jeddah pada Khamis ketika dalam perjalanan mengikuti pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi.

Arwah bersama jemaah lain sepatutnya meneruskan penerbangan ke London selepas transit di Jeddah selama beberapa jam, namun tidak muncul ketika jemaah lain berkumpul untuk meneruskan perjalanan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: