18 January 2026

AL-FATIHAH - NADIA KESUMA YANG HILANG DI JEDDAH DILAPORKAN MENINGGAL DUNIA



"Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Binti Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) kira-kira pukul 8.05 pagi.
"Terima kasih kepada kalian yang tidak berhenti menitipkan doa buat mama. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diampunkan segala d0sanya dan dirahmati Allah.

"Arwah meninggal disebabkan s@kit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.

Klik untuk gambar besar
"Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada pukul 11.10 malam. Berita tersebut disampaikan oleh Travel Agency itu sendiri."

Demikian jelas anak perempuan kepada pelakon Nadia Kesuma dikenali Myra menerusi media sosial, dimana dia memaklumkan pemergian ibu tercintanya.
Nadia atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, yang sebelum ini dilapor hilang sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 15 Januari lalu meninggal dunia akib@t s@kit jantung.

Ketika dalam perjalanan mengikuti pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi, pelakon filem 'Sy@itan Mun@fik' dan 'Kudeta' ini dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Jeddah pada Khamis.

Nadia bersama jemaah lain sepatutnya meneruskan penerbangan ke London selepas transit di Jeddah selama beberapa jam, namun arwah tidak muncul ketika jemaah lain berkumpul untuk meneruskan perjalanan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: