Pelakon yang membawa watak Rafique dalam 'Diari Ramadhan Rafique' iaitu Mirsad Hassan Kulasic memilih untuk menjalankan perniagaan bersama bapanya selepas sekian lama tidak muncul di kaca televisyen.
Menerusi sebuah perkongsian video klfoodie di media sosial, Hassan yang pernah menc£tuskan fenomena setiap kali tibanya Ramadan itu kini menjalankan perniagaan makanan dengan mempertaruhkan menu dari negara Balkan sebagai hidangan utama.
Lebih mengujakan, premis yang dikendalikan secara duo olehnya dan bapa dikatakan sebagai restoran Balkan pertama di Kuala Lumpur.
Klik untuk gambar besar
"Diari Ramadhan Rafique! Saya suka tengok drama itu masa muda-muda dulu. Sekarang Rafique dah dewasa dah,"
"Rafique dah besar, dah ada restoran dengan bapanya. Masya-Allah."
"Laaaa Rafique dah besar," antara komen yang ditulis netizen.
Untuk makluman, 'Diari Ramadhan Rafique' ialah drama bersiri arahan M Hitler Zami yang disiarkan di TV3 sepanjang Ramadan pada 2006.
Selain Hassan, drama ini turut dibintangi Norish Karman, Norzamzam Kamarul Ridzuan, Normah Damanhuri, Haiqal Sahar, Mysarra Syahfiedzrien, Rozita Che Wan dan ramai lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment