"Ini bukan soal 'move on' atau gila talak. Sekarang status saya dengan dia masih tergantung, sama ada saya masih suami orang atau tidak. Sebab itu saya memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk, untuk memastikan lafaz rujuk yang dibuat sah atau tidak."
Demikian jelas usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali Datuk Red, dimana maklumnya, dia memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk terhadap bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi bukan kerana belum 'move on'.
Kata Datuk Red, dia berbuat demikian untuk mendapatkan kepastian mengenai lafaz rujuk yang dilakukan terhadap Adira pada Mei 2024 dan jika ianya sah bermakna dia masih suami kepada penyanyi itu, namun jika sebaliknya mereka boleh membawa haluan masing-masing.
Dalam pada itu, menurut Datuk Red lagi, dia tidak mahu perkara tersebut menjadi isu di masa hadapan, apatah lagi berkaitan dengan hukvm.
"Soal d0sa pahala ini saya yang akan tanggung. Saya sudah ada banyak d0sa, jadi saya tak nak tambah lagi. Kalau saya tak failkan dan tiba-tiba saya atau Adira berkahwin lain, itu akan menyus@hkan.
Klik untuk gambar besar
"Itu kena tunggu 16 Februari nanti kerana saya tak mahu meng£ruhkan lagi keadaan. Kita tunggu sahaja perbicaraan yang akan dijalankan secara tertutup," katanya.
Sementara itu, Datuk Red mendedahkan, dia berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dengan Adira khususnya berkaitan urusan anak-anak mereka kerana terpaksa menggunakan orang tengah selepas mendakwa nombor telefonnya dis£kat oleh bekas isterinya itu susulan kem£lut yang berlaku.
Datuk Red yang berkongsi perkara tersebut selepas prosiding lafaz rujuk yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada Selasa, berkata, ketika ini komunikasi hanya dapat dilakukan menerusi adik-beradik atau pembantu rumah penyanyi itu.
"Kalau boleh saya nak berhubung terus dengan Adira sebab dia ibu kepada anak-anak kami. Saya tak mahu bercakap melalui orang tengah seperti bibik. Itu sahaja permintaan saya. Jangan risau, saya tak ada niat lain, cuma nak bincang soal anak sahaja," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Red enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tindakannya memfailkan pengesahan lafaz rujuk disebabkan Adira dipercayai sudah mempunyai teman lelaki.
"Dia ada kekasih ke? Saya pun tak tahu. Saya tak tahu apa-apa sebab sebelum ini netizen tuduh saya pula yang ada kekasih. Tak ada pun," ujarnya.
Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat menetapkan 16 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan pertama bagi permohonan pengesahan lafaz rujuk pasangan berkenaan.
Disamping itu, Peguam Datuk Red iaitu Nor Haiza Marina Mat Ramli memaklumkan perbicaraan itu akan dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri plaintif serta defendan.
Pada Disember lalu, Adnan menerusi peguamnya telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk terhadap Adira, namun penyanyi itu mengakui terkejut kerana tidak mengetahui tindakan yang diambil oleh bekas suaminya itu.
Untuk makluman, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment