Nama adik ipar kepada Kamal Adli kini menjadi perhatian selepas pelakon itu berkongsi video yang memaparkan anaknya, Hawra Uqaira dan adik isterinya, pelakon Uqasha Senrose, memandangkan konflik rumah tangga mereka masih belum berakhir.
Video yang dikongsikan menerusi media sosial itu menyaksikan adik ipar Kamal menyerahkan Hawra dalam satu pertemuan baru-baru ini dan sempat bersalaman dengan suami kakaknya.
Tindakan adik Uqasha itu meraih pujian netizen yang rata-ratanya memuji hubungan baik antara dia dan abang ipar yang masih terjalin.
Klik untuk gambar besar
"Setengah adik tak masuk campur lagi-lagi adik lelaki, tapi kalau abang ipar suka pukvl, adik tak boleh buat biasa."
"Bagus adik Uqasha ini hormat abang ipar dia, nampak bonding salam dan peluk," antara komen-komen yang ditulis netizen.
Disamping itu, Kamal meluahkan rasa rindu dan juga dilihat teruja apabila dapat bertemu kembali dengan anak perempuannya itu.
"Dia merajuk tapi rindu, dia jual mahal tapi dia nak. Maaf Hawra. Video terakhir jumpa hari itu, sumpah saya rindu awak sangat anak," tuturnya.
Kemelut rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi perhatian ramai apabila pelakon wanita itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu.
Namun, pada 18 Disember 2025, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menasihati Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat.
Bagaimanapun, peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata, perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan Kamal masih mahu mempertahankan rumah tangga.
Untuk makluman, Kamal dan Uqasha bernikah pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment