04 January 2026

"TIADA ANAK EMAS, ANAK PERAK KE, ANAK GANGSA, TAK ADA" - NUBHAN



"Setiap peserta sama sahaja. Tiada anak emas, anak perak ke, anak gangsa, tak ada. Semua peserta, ada tanggungjawab dan untuk saya, saya tak ambil tanggungjawab peserta GV ini enteng.
"Saya ambil serius dan bila saya rasa lagu itu (yang diberikan) susah dan saya kena training (berlatih) dan lebih bekerja keras. Contohnya lagu Nadira (Bukan Lagi Kita), saya kena pergi gym (gimnasium) bersenam dan penat.

"Benda-benda itu memerlukan afford (kemampuan). Kalau saya anak emas, tak dapat lagu macam lagu Nadira dan mungkin saya dapat lagu yang mudah-mudah dan tidak mencab@r."

Itulah kata penyanyi Nubhan Ahamad, 39, menerusi media sosial, dimana dia tidak melihat dirinya sebagai anak emas dalam program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) serta didakwa calon peserta yang bakal dinobatkan juara.

Dalam hantaran itu, Nubhan yang juga pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim keenam (AF6) pada 2008, menjelaskan, dia sentiasa mengambil serius terhadap semua cab@ran lagu yang digalasnya kerana dalam setiap persembahan dia sudah membuktikan struggl£ (perjuangan) digalasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: