09 January 2026

TINDAKAN KAK KM BUAT AKSI 'SHIBUYA CROSSING' BERSAMA ANAK UNDANG KEC4MAN, DIDAKWA C£MARKAN IMEJ MALAYSIA



Nama Kak KM sekali lagi menjadi bualan apabila tindakannya kali ini mengundang kec@man apabila usahawan itu membuat aksi 'Shibuya Crossing' bersama anak perempuan, Nabila Razman ketika bercuti di Jepun, baru-baru ini.

"Shibuya crossing 🇯🇵 Nak paling laju langsung tersadong 😭," tulis Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli pada sebuah video yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Melihat pada video yang dikongsikan, Kak KM dan anaknya itu melakukan aksi memanaskan badan sebelum berlari melintas di Shibuya Crossing, Tokyo, selepas lampu isyarat bertukar merah.

Klik untuk gambar besar

Namun, aksi tersebut bertukar mencuit hati apabila Kak KM dilihat terj@tuh di tengah jalan, sebelum kedua-duanya ketawa dan bergambar di tengah lintasan berkenaan, sekali gus menarik perhatian orang ramai di sekeliling.

Bagaimanapun, tindakan itu turut mengundang rasa kurang senang netizen yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak beradab serta boleh menc£markan imej rakyat Malaysia di luar negara.
"Boleh tak bila travel tu jangan bagi orang pandang neg@tif dekat orang Malaysia? Jangan bagi nama negara buruk."

"Tingkah laku dan tidak beradab seperti ini amat mem@lukan dan menc£markan imej rakyat Malaysia."
"J@kunnya, lapar perhatian pun ada," antara komen-komen yang ditulis netizen.

Difahamkan, aksi berlari di lintasan 'Shibuya Crossing', sal@h satu lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia itu merupakan satu tr£nd terbaharu yang tular di TikT0k apabila pelancong menunjukkan aksi masing-masing dalam mendapatkan foto atau video terbaik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: